Masalah Global – Kekurangan Beras

Taufan Nargis di Myanmar telah melanda 65% daripada kawasan padi negara tersebut. Dijangkakan kehilangan sebanyak 600,000 mtan dalam tahun 2008 sahaja. Bencana ini telah menyebabkan masalah peningkatan harga beras dipasaran makin meruncing.

Harga beras panjang (long-grain rice) di Chicago telah melambung, dan diikuti peningkatan harga yang tinggi bagi beras Siam dan India.

Harga beras dipasaran dunia telah meningkat lebih daripada 70% sejak tahun lepas. Faktor-faktor tawaran dan permintaan, pengeluaran hasil yang rendah akibat cuaca yang ekstrim, dan peningkatan populasi di negara pengimport telah menyebabkan kekurangan beras.

Photobucket

Tindakan negera-negara pengeluar seperti Thailand, India, Bangladesh dan Mesir meletakkan had terhadap pengeksportan beras mendorong kepada peningkatan harga beras.

Photobucket

Dari carta di atas, kebanyakan negara mengeluarkan beras mencukupi keperluan rakyatnya. China, India, Thailand dan Vietnam mengeluarkan beras melebihi keperluan negara. Dengan keputusan India, China dan Vietnam menghadkan pengeksportan berasnya, harga beras dipasaran dunia semakin meruncing dan harga melambung ke aras yang paling tinggi. Negara-negara pengimport beras seperti Bangladesh, Filipina dan Afghanistan menghadapi kekurangan yang membimbangkan.

Rujukan:

BBC News – One-Minute World News
BBC News Channel

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s