Keperluan Beras Negara

Malaysia memerlukan sebanyak 2.16 juta mtan beras setahun.

Semanjung Malaysia = 1.7 juta mtan beras setahun.

Selangor memerlukan 0.5 juta mtan beras setahun.

Populasi negeri Selangor pada tahun 2007 adalah 4,836,100. Keluasan negeri Selangor adalah 7,956 km².

Luas bertanam pada musim 2/2007 berdasarkan maklumat CCS adalah 18,355 ha. Dengan purata pengeluaran padi bersih pada 6.46 mtan/ha, jumlah pengeluaran padi bagi seluruh kawasan barat laut Selangor adalah 118,573 mtan. Anggaran pengeluaran setahun adalah 230,000 mtan padi bersamaan dengan 138,000 mtan beras selepas dikilang.

Advertisements

5 comments on “Keperluan Beras Negara

  1. Sehingga hari ini saya difahamkan cuma tinggal kurang daripada 1,000 hektar sawah sahaja yang masih diusahakan di Negeri Sembilan berbanding keluasan sawah yang terbiar lebih kurang 2,549 hektar.

    Beberapa faktor dikenalpasti:
    i. Kurang minat tuan tanah untuk mengusahakan sawah mereka. Kebanyakannya menyewa dan membiarkan sahaja sawah untuk dijadikan padang ragut.

    ii. Tiada inisiatif pihak swasta untuk membangunkan kawasan tersebut dengan penanaman padi secara komersil – mungkin juga kerana keengganan tuan tanah untuk menyewakan tanah mereka.

    iii. Lot sawah kecil <1 ekar – tidak ekonomik untuk diusahakan. Kos tinggi tapi pulangan kepada hasil rendah. Jadi petani kurang minat.

    iv. infrastruktur sawah tidak lengkap. Air tidak dapat disalurkan dengan efisyen.

    Di dalam plan peningkatan hasil padi negara, kawasan ini diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Pertanian Negeri Sembilan untuk dibangunkan.

  2. saya berkesempatan ke negeri sembilan kenduri kahwin. saya diberitahu banyak kawasan di negeri sembilan yang dahulunya sawah kini terbiar jadi padang ragut dan ada pula yang ditanam dengan tanaman lain. berapa sebenarnya keluasan tanah sawah ni dan kenapa tidak kita bangunkan kawasan tersebut.

  3. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan melalui bantuan baja subsidi persekutuan adalah seperti berikut:

    baja sebatian RM 287.26
    baja urea RM 114.16
    baja organik RM 140.00
    JUMLAH RM 541.42
    (nilai RM per hektar)

    * nilai subsidi pada tahun 2007
    ** harga baja subsidi mengikut harga kontrak
    *** harga tidak termasuk kos pengangkutan dll

    Jika kerajaan menarik balik subsidi, mampukah petani membeli semua baja-baja ini?
    Jawapan : YA dan TIDAk.
    Beberapa faktor perlu diambil kira:

    1. Keadaan pasaran dan nilai urea di peringkat global
    Harga Urea sangat intensif dengan harga minyak dunia. Harga baja urea telah meningkat ke paras tertinggi pada suku tahun pertama 2008 dan merupakan satu kejutan sejak Revolusi Hijau berlaku tiga dekad lepas. Harga urea di peringkat pengimport telah mencecah harga RM2,800/tan dan menjadiakan harga bagi baja subsidi urea naik dari RM23.11/beg (2007) kepada RM56.00/beg (2008).

    2. Kos pengeluaran yang semakin meningkat
    Kos pengeluaran akan meningkat dengan mendadak apabila tiada subsidi baja diberikan. Sejak kenaikan harga minyak pada Jun 2008, kos upah dan jentera telah meningkat 10 – 30%. Harga input pertanian lain seperti racun rumpai, racun kulat, racun serangga, kapur, baja sebatian dll juga meningkat dengan mendadak.

    3. Hasil pengeluaran dan nilai jualan padi
    Di Selangor, harga tertinggi yang dicatatkan ialah RM1,300/tan padi panjang (untuk beras) dan RM1,500/tan padi benih. Namun begitu, dengan kos pengeluaran yang semakin meningkat, purata hasil dibawah 5 tan/ha TIDAK akan menjamin pendapatan bagi sara hidup. Jika pemberian baja subsidi dihentikan sama sekali, keadaan akan menjadi lebih teruk.

  4. berapa jumlah bantuan subsidi baja bagi setiap hektar bila mana ada juga pemberian insentif baja tambahan? adakah petani mampu untuk membeli baja tersebut jika kerajaan menarik balik insentif (subsidi)?

  5. Keperluan beras negara dikira dengan menggunakan formula berikut:

    Purata penggunaan beras bagi seorang penduduk Malaysia : 77kg setahun

    Jumlah rakyat Malaysia : 26 juta orang

    Jumlah pendatang asing (berdaftar): 2.05 juta

    Jumlah PATI : tidak diketahui

    Jadi, 77 kg beras x 28,051,948 penduduk = 2.16 juta mt beras setahun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s