Lawatan PPN Selangor ke Sg Burong 14 Mei, 2008 : Rumusan

Laporan lawatan meninjau kawasan diserang lelompat daun bena perang bersama TPPN Selangor, KU Unit Perlindungan Tanaman, Pegawai Pengembangan Daerah/Kawasan, Pegawai IADA Barat Laut Selangor. Satu petak sawah di sebelah main canal juga didapati diserang ulat batang.

Keluasan terlibat : 24 ha. (20 lot sawah)

Jangkaan kemerosotan hasil : 30 – 50 %

Peringkat tanaman : 80 – 90 HLT (hari lepas tanam)

Tuaian: dalam tempohmasa 2 – 3 minggu lagi

Bilangan petani terlibat : 90 orang

Jumlah keluasan musnah : 2 ha.

Penyemburan kawalan: Sawah dikenalpasti telah diracun oleh Jawatankuasa Pengurusan Berpusat dan akan dicaj kosnya kepada petani terlibat. Ini adalah bagi memastikan penyemburan dibuat sertamerta, dan pihak petani mendapat pendahuluan kewangan segera.

Jenis-jenis racun digunakan:

  • Actara 25 (ai thiamethoxam)
  • Lanmertin (ai buprofezin)
  • Tapisan (ai bufrofezin)

Permasalahan yang ditemui dalam perbincangan dengan petani & pegawai:

  1. Ada petani yang menggunakan racun ‘cocktail’ iaitu menggunakan pelbagai jenis racun yang dicampur dalam satu semburan.
  2. Menggunakan racun yang tidak disyorkan.
  3. Tidak membuat penyemburan kawalan langsung, dan/atau tidak menyembur pada peringkat tanaman yang betul.
  4. Membuat semburan berjadual yang menyebabkan peningkatan populasi serangga perosak.
  5. Lambat mengambil tindakan menyembur.

Keputusan Sesi Perbincangan:

  1. Kawasan Sg Leman diletakkan dalam situasi berjaga-jaga kerana dijangkakan serangan bena perang berkemungkinan berlaku disana selepas kawasan Sg Burong dan Sekinchan menuai. (Tindakan Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam)
  2. ‘Fast knockout pesticide’ seperti Broadox (buprofezin + isoprocarb) sebanyak 670 kotak distok untuk menangani kemungkinan serangan bena perang di kawasan Sg Leman. Stok tambahan akan diusahakan bagi kawasan-kawasan Pasir Panjang sehingga Panchang Bedena. Peruntukan JPNS diluluskan sejumlah RM50,000. (Tindakan KU Unit Perlindungan Tanaman)
  3. Pengetahuan dan kemahiran Integrated Pest Management (IPM) perlu diperkasakan dikalangan pegawai pengembangan dan badan pengurusan berpusat, dan juga dikalangan petani. Latihan berskala 2-mingguan hendaklah diselaraskan. Sesi ini boleh digunakan sebagai landasan untuk perbincangan dikalangan pegawai pengembangan kedua daerah sambil berkongsi masalah dan cara menyelesaikannya. (Tindakan Pejabat Komponen Pertanian IADA – Bahagian Latihan)
  4. Seramai 4 pekerja sambilan lagi diperlukan untuk melengkapkan keperluan ‘Surveillance Team’. (Tindakan KU Unit Perlindungan Tanaman dan Pejabat Komponen Pertanian IADA)
  5. Memastikan semua pegawai pengembangan mempunyai kemudahan menggunakan SISMARP. (Tindakan TPPN Selangor)
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s