Cadangan Daripada Pesawah Barat Laut Selangor

CADANGAN DARI PETANI BAGI MENINGKATKAN HASIL PADI

A. Petani Dari Kawasan Sg. Besar. ( 5 orang )

1. Penyelenggaraan Infrastruktur.
Sistem pengairan (palong) ,saliran (parit buang), kunci air dan terusan besar hendaklah diselenggara dengan baik agar supaya air dapat dibekalkan dengan lebih effisyen.

2. Teknologi pengurusan tanaman Padi: (pengurusan tanah , pembajaan,kawalan serangga dan penyakit)

Petani hendaklah diberi kursus pendek secara lebih kerap dan dibuat di dalam kawasan petani itu sendiri kerana ramai petani masih kurang faham mengenai pengurusan perkara di atas dan tidak mempunyai banyak masa untuk pergi berkursus di tempat yang lain. Minta supaya sistem pengembangan yang dulu ( 2L) diadakan semula.

3. Kawal peningkatan harga input pertanian :

Petani meminta kerajaan mencari apa jua cara untuk menangani masalah kenaikan input pertanian yangh cukup tinggi walaupun memahami bahan tersebut kebanyakannya diimport dari luar negara tetapi kita tiada pilihan.

4. Meningkatkan siling harga padi:

petani meminta kerajaan menaikkan harga siling padi dari RM 650.00 setan sekarang kepada sekurang-kurangnya RM850.00 setan supaya pendapatan petani dapat menyerap sebahagian harga kos input yang dibelanjakan.


B. Petani dari kawasan Sg. Burung. ( 5 orang )

1. Keadaan infrastruktur seperti palong, parit ladang, kunci air, parit kecil dan terusan besar itu sendiri hendaklah dalam keadaan baik dan berfungsi dengan berkesan . Sekarang terdapat palong-palong yang
bocor dan senget dan menjejaskan bekalan air.

2. Pembekalan benih padi baik dan tahan penyakit yang mencukupi. Bekalan benih dari Jabatan Pertanian tidak mencukupi.

3. Beri kursus kepada petani bagi meningkatkan kefahaman mengenai teknologi pengurusan tanaman padi , sebab masih ada pesawah yang masih kurang faham mengenai teknologi pertanian dalam hal tanaman padi seperti:
– pengurusan tanah
– pemilihan jenis baja yang yang sesuai dan teknik pembajaan yang betul.
– pengurusan serangga / penyakit dan rumpai

4. Baja subsidi UREA perlu ditambah sebanyak 5 beg ( 20kg/beg) lagi
dan baja sebatian 10 beg lagi.

5. Mesin menuai padi hendaklah ditingkatkan kecekapannya supaya padi yang cicir/hilang semasa menuai dapat dikurangkan. Dianggarkan 10 – 15 peratus padi hilang semasa menuai.

6. Harga padi dinaikkan kepada kepada RM1,100/tan bagi menampung peningkatan kos input dan menaikkan semangat petani.

C. Petani dari Kawasan Sawah Sempadan ( 5 0rang )

1. Perlunya dibuat kajian mengenai insentif baja tambahan yang baru (baja organik) kerana sehingga kini tidak menunjukkan kesan.

2. Perlu dibuat kajian berkenaan kesuburan tanah kerana apabila dibuat pengapuran hasil meningkat tetapi selepas tiada pengapuran hasil menurun semula.

3. Petani-petani perlu diberi motivasi supaya melakukan penjagaan padi secara bersepadu.

4. Menaiktaraf infrastruktur ladang seperti palong bagi mengelakkan masalah air.

5. Kaedah menanam menggunakan mesin transplanter perlu diamalkan.

6. Bahan-bahan input pertanian begitu mahal harganya sekarang dan ramai petani tidak mampu untuk keluar modal yang banyak. Ini akan menjejaskan hasil padi.


D. Petani dari Kawasan Sg Leman ( 5 0rang )

1. Pengawasan rapi keatas tanaman padi sangat perlu. Sekurang-kurangnya 2 hari sekali dipantau dan diberi baja pada tempat-tempat yang memerlukan.

2. Selain baja sabsidi perlu ditambah dengan baja tambahan. Untuk dapatkan hasil yang lebih baik, tambah dengan baja siraman/foliar.

3. Kawalan serangga, padi angin dan perosak sangat penting.

4. . Kerja menanam padi mesti dijadikan kerja sepenuh masa. Bukan kerja sambilan. Barulah tumpuan yang sepenuhnya dapat diberikan.

5. Petani-petani mestilah patuh dengan saranan Jabatan Pertanian.

6. Petani-petani mestilah menghayati usaha-usaha menanam padi.

7. Pengairan mestilah sempurna, tanah sawah mestilah rata. Mengawal perosak seperti tikus serta rumpai.

8. Guna benih yang disyorkan oleh jabatan.

E. Petani dari Kawasan Sekinchan ( 3 0rang )

1. Palong banyak rosak dan perlu dibaiki.

2. Barang-barang input pertanian sangat mahal dan sangat membebankan.

3. Kursus yang lebih kerap (seperti dulu) perlu diadakan untuk menyampaikan teknologi kepada petani.
——————————


Situasi pengeluaran benih di Barat Laut Selangor:

Di bawah sekim SPBB 1032 ha. & Di bawah swasta 5226.7 ha. (Jumlah 6258.7 ha)

Keperluan benih di Barat Laut Selangor adalah 2,500 tan/musim.

Target loji padi Sg Burong adalah 3,800 tan pada musim 01/2008.

Harga padi benih SPBB ialah RM900. Tawaran padi benih swasta ialah RM870.

Adalah dikhuatiri jika harga padi makin naik, maka petani mungkin jual hasil padi mereka sebagai padi. (Ahad 27 April, 2008 jam 4.00 ptg) Harga tawaran padi RM 830 untuk padi tanam tabur terus. (Saya difahamkan bahawa jika padi ditanam menggunakan transplanter ditawar harga RM50 lebih kerana padinya lebih bersih daripada kekotoran – impurities = harga tawaran RM880)

Advertisements

7 comments on “Cadangan Daripada Pesawah Barat Laut Selangor

  1. Encik… Macam mana saya nak buat sawah, air dari palong melimpah ke sawah saya. Parit yang sekecij itu tidak mampu menampung air palung yang begitu banyak. Tempoh menanam padi dh hampir tp sawah saya masih lagi tidak kering.

  2. Terija kasih kepada pihak tuan yang memberi respon segera. Link di bawah sebagai gambaran untuk pihak tuan. Terima kasih.




  3. Saya ingin bertanya mengenai sistem pembajaan padi yang betul untuk mencapai sasaran 10 tan ke atas untuk kaedah tanaman secara serak.
    Saya juga ingin mencadangkan agar pihak jabatan pertanian menyenaraikan jenama jenis-jenis racun kawalan penyakit yang ada dipasaran contohnya (DIFECONAZOLE)- apakah contoh jenama racun yang mengandungi bahan berkenaan. Ini kerana ramai kalangan petani hanya mengetahui jenama racun tetapi tidak mengetahui jenis bahan yang ada pada racun tersebut.

  4. tindakan kawalan serangan serangga dan penyakit padi melalu pemberitahuan maklumat bertulis secara berterusan.

    PEMBERITAHUAN

    AWAS SERANGAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN PADI

    Dimaklumkan terdapat tanda-tanda ancaman serangan perosak dan penyakit pada tanaman padi dikawasan tuan-tuan.
    Pesawah-pesawah adalah disyorkan untuk membuat pemeriksaan sawah setiap 2 hari sekali secara rambang.

    SYOR DAN KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN PADI.

    1. Nama Perosak : BENA PERANG
    2. Syor Kawalan 1. Pada peringkat padi 60HST penggunaan racun IGR seperti Buprofezin dapat menghalang
    Penyalinan kulit nimfa dan pembunuh instar BPH/WBP seterusnya menghalang peningkatan populasi secara mendadak.
    2. Penyemburan racun BPMC disyorkan sekiranya peringkat dewasa berkepak telah meningkat sebelum padi 90HST. Pastikan semburan racun dituju dipangkal rumpun padi
    3. Jika terdapat lebih 20 ekor seperdu semburan racun yang disyorkan hendaklah dilakukan segera..
    3. Jenis Racun/a.i THIAMETHOXAM,BUPROFEZIN,IMIDACLOPRID

    1. Nama Perosak : ULAT DAUN
    2. Syor Kawalan 1. Pasang perangkap lampu untuk memerangkap serangga dewasa.
    2. Sekiranya serangan Ulat Daun jenis ulat layar [gulung], keringkan air selama 1 minggu
    dan kawal paras air supaya jangan terlalu dalam.
    3. Sekiranya serangan Ulat Ratus, naikkan paras air didalam sawah. Dan sekiranya serangan ini diperingkat umur padi dibawah 20 HLT, memadai dengan membanjiri sawah.
    4. Sembur racun serangga jika perlu sekiranya larva melebihi paras ETL 3 ekor/perdu dengan menggunakan Cartap Hydrochloride Atau Acephate pada kadar 0.1% bahan aktif.
    5. Elakkan penggunaan baja nitrogen berlebihan.
    3. Jenis Racun/a.i CARTAP HYDROCHLORIDE

    1. Nama Penyakit : KARAH
    2. Syor Kawalan 1. Guna baja unsur N pada kadar yang disyorkan. (120 kg N/ha)
    2.Guna baja berunsur silika sebagai baja asas untuk mengurangkan jangkitan penyakit.
    3.guna racun kimia yang disyorkan seperti isoprothiolane, benomyl dan Carbendazim.
    4.Laksanakan amalan pertanian baik seperti bersihkan kawasan, bakar jerami secara
    terkawal dan tanam varieti rintang.
    3. Jenis Racun/a.i ISOPROTHIOLANE

    1. Nama Penyakit : HAWAR SELUDANG
    2. Syor Kawalan 1. Amalan pertanian baik
    – Elakkan penanaman yang terlalu padat
    – Elakkan pembajaan unsur N berlebihan
    2. Semburan racun kulat seperti benomyl, carbendazim, difeconazale.
    3. Jenis Racun/a.i DIFECONAZOLE

    1. Nama Penyakit : BINTIK PERANG
    2. Syor Kawalan 1. Penggunaan baja berunsur silika seperti calcium silicate.
    2. Baja tambahan lebih K (kalium).
    3. Pengapuran 2 tan metrik sehektar.
    4. Kebersihan kawasan dengan membakar tunggul jerami.
    5. Kawalan kimia seperti iprodione (rorval) atau propiconazole (topper EC)
    6. Kawalan biji benih dengan racun kulat.
    3. Jenis Racun/a.i DIFECONAZOLE + PROPICONAZOLE

    Sila hubungai Pegawai Pertanian Anda
    Di Pusat Kemajuan Peladang Kecil
    Sungai Nipah.

    Tindakan kawalan melalui lawatan khidmat nasihat kepada petani petani secara berterusan seperti dibawah.

    1/4/2008 Site A Sekinchan
    3/4/2008 Site C Sekinchan
    4/4/2008 Site B Sekinchan
    15/4/2008 Site B Sekinchan
    16/4/2008 Site A Sekinchan
    21/4/2008 Site A Sekinchan
    22/4/2008 Site C Sekinchan
    29/4/2008 Site C Sekinchan
    2/5/2008 Site B Sekinchan
    5/5/2008 Site C Sekinchan
    6/5/2008 Site A Sekinchan
    7/5/2008 Site C Sekinchan
    8/5/2008 Site B Sekinchan
    13/5/2008 Site A Sekinchan
    14/5/2008 Site B Sekinchan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s