Padi SRI 2 : Penerangan Cara Membuat Penanaman Cara SRI Pt 11

Kapor GML Telah Dibekalkan

Kapor GML Telah Dibekalkan

Penerangan telah dibuat secara terperinci dan diberikan butir-butir aktiviti yang perlu dijalankan dengan menepati masa yang ditetapkan. Bagi keempat peserta yang bersetuju menjalankan pemerhatian penanaman padi secara SRI, pihak MBI telah meluluskan peruntukan untuk membantu menampung kos pengeluaran. Ini adalah untuk memastikan pihak peserta tidak mengeluarkan apa-apa kos tambahan bagi tujuan melaksanakan pemerhatian ini.

Setiap peserta menerima bantuan berbentuk khidmat membajak/merata, bekalan kapor GML (1 tan/ekar), kompos IMO (1 tan/ekar), alat menggaris, alat melandak, baja/pengenyah serangga organik yang lengkap, benih padi MR 219 (3 kg/ekar), serta wang tunai untuk membayar upah menanam cara SRI (RM250/ekar) dan 2 kali melandak (RM200/ekar setiap kali). Penerangan khusus secara perseorangan dibuat dengan membutirkan setiap langkah yang perlu diambil sebelum surat persetujuan ditandatangani. Ini adalah untuk memastikan peserta faham apa yang perlu dibuat, kerana jika tidak diikut setiap langkah pada masa yang ditetapkan ia akan menjejaskan hasil.

Kapor GML dan kompos diedarkan dahulu untuk diserak disawah. Ini diikuti dengan perkhidmatan membajak/merata oleh Jabatan Pertanian. Bantuan pihak Jabatan Pertanian amat dihargai kerana peserta dapat membaiki sawah mereka sekaligus. Baja dan pengenyah serangga dibekalkan selengkap bersama benih padi. Jadual pengurusan sawah dan pembajaan disertakan.

Tarikh menanam ditentukan oleh peserta sendiri, dan ini ditetapkan mengikut tempahan tenaga manusia yang akan melaksanakan kerja menanam. Peserta juga perlu menyemai benih padi 10 hari sebelum tarikh menanam. Peserta diminta membuat pemilihan benih menggunakan air garam. Ini adalah untuk memastikan benih yang ditanam hanyalah yang terbaik dan bernas.

Padi SRI : Peranan Bunyi Cengkerik Terhadap Tumbuhan

Bolehkah suara cengkerik membantu pertumbuhan pokok? Saya pernah mendengar perkara ini semasa temuduga wartawan Malaysian Insider dengan usahawan-usahawan muda padi dari Sawah Sempadan seperti yang dilaporkan dalam “The Pride of Selangor” oleh Sheridan Mahavera. Ini adalah petikan daripada laporan tersebut:

“And these three are already doing that; Zainuddin, Zaidun and Burhanuddin are now experimenting with sound waves to get fatter crops.

You heard that right. They plan to broadcast uniquely patterned sounds that they believe will encourage the padi plant to absorb more nutrients and grow bigger.

It’s been done with other crops but they don’t really know if it’ll work with padi.

“But hey man, it’s worth a try,” quips Zainuddin, as if to paraphrase that entrepreneurial zeal that the country has long been searching for in its padi farmers.”

Alih bahasa:

“Dan mereka yang bertiga ini, iaitu Zainuddin, Zaidun dan Burhanuddin sekarang ini ingin cuba mengguna bunyi-bunyian untuk menyuburkan tanaman.

Betul apa yang anda dengar. Mereka merancang untuk menyebarkan bunyi suara yang unik yang mereka percaya mengupayakan pokok padi menyerap lebih banyak makanan dan mempercepatkan pertumbuhan.

Ia telah pun dilakukan terhadap tanaman lain, tetapi mereka tidak tahu sama ada ia akan berkesan terhadap padi atau tidak.

‘Hey saudara, tidak rugi mencuba,’ ujar Zainuddin, dengan menyerlah semangat keusahawanan yang dicari-cari oleh negara ini dari kalangan pesawahnya.”

Di seminar ini sekali lagi saya mendengar tentang perkara ini. Tonton kedua-kedua video ini dan terserah sama ada anda percaya atau tidak. :)

PADI SRI : Minggu ke-3 September, 2010 di Tunjong, Kelantan.

Semai telah berumur 10 hari. Media yang digunakan untuk tapak semaian adalah dengan kadar 1 bahagian sekam bakar dan 1 bahagian najis lembu/kambing yang dihaluskan. Varieti-varieti padi yang disemai adalah Sintanur, Hijrah dan RQ74 (Maswangi).

Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, bagi tanaman padi secara SRI ini, umur anak benih padi pada hari ditanam adalah diantara 8 – 12 hari. Anak padi diangkat dari tapak semai dan diletakkan kedalam sebuah dulang plastik (apa-apa bekas pun boleh digunakan).

Benih Diangkat Dari Tapak Semai

Benih Diangkat Dari Tapak Semai

Seeloknya, anak benih di tanam segera bagi mengurangkan ‘kejutan’ kepada anak benih itu. Ada pendapat yang menegaskan supaya anak benih ditanam tidak lebih daripada setengah jam selepas diangkat dari tapak semaian. Lagi cepat, lagi bagus.

Anak padi perlu diceraikan satu persatu dengan cermat bagi menjaga akarnya tidak tercabut atau rosak. Pastikan juga biji benih nya masih melekat pada anak pokok. Kehadiran biji benih ini memastikan anak padi mendapat bekalan makanan secukupnya untuk tumbuh.

Pak Aep berpendapat bahawa para wanita lebih sesuai menanam padi cara SRI ini kerana wanita lebih teliti dan cermat kerjanya. Pak Aep menunjukkan kepada saya cara menanam atau lebih sesuai dipanggil mencalit padi.

Anak Benih Padi Dengan Biji Benih Masih Melekat

Anak Benih Padi Dengan Biji Benih Masih Melekat

Anak padi diceraikan dan hanya satu sahaja dipegang pada pangkalnya. Jika masih ada gumpalan media semai juga adalah lebih baik. Gunakan jari penunjuk untuk meletakkan anak benih jauh sedikit (3 cm) dari point menanam. Seretkan pangkal anak pokok dan akarnya dan berhenti di point menanam. Kedalaman tidak melebihi 1 cm.

Pak Aep menyatakan bahawa untuk kita tahu padi ditanam terdalam atau tidak ialah dengan melihat percambahan anak pokok padi. Jika percambahannya kurang daripada yang lain, kemungkinan besar anak benihnya tertanam dalam.

Pak Aep berkata sambil mengambil anak rumput, “Saya belajar dari memerhati pertumbuhan anak rumput. Jika ia hanya diletakkan dipermukaan tanah, pertumbuhannya amat cepat dan subur. Begitu jugalah anak padi. Jadi tidak payah anak padi ditanam dalam. Walau pun ia ditanam cetek, sehinggakan daunnya condong atau jatuh mencecah tanah, ia akan segera tegak dan tumbuh dengan segar sekali.”

Cara Menanam Dengan Betul

Gunalah Cara Menanam Dengan Betul Untuk Memanfaatkan Kaedah SRI

Tanam/Calit Satu Anak Pada Satu Point

Tanam/Calit Satu Anak Pada Satu Point

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers