SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

Satu bengkel mengenai IPM (Integrated Pest Management) atau Pengurusan Perosak Bersepadu diperingkat kebangsaan akan dianjurkan bersama oleh UKM, UPM, SEACON, BERNAS, LESTARI dan SRI-Mas. Bengkel akan diadakan di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM, Bangi, Selangor pada 12-13 September, 2012. Cara untuk mendaftar akan diberitahu kelak. Muat turun SRI-Mas IPM Workshop Brochure di sini.

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

Padi SRI : Akibat Menggunakan Racun Berlebihan

Akibat Racun

Akibat Racun

Kami berdua selalu berada di sawah. Pada petang tadi ternampak seorang hamba Allah sedang meracun sawah. Tersentak hati melihat keadaan yang mana petani atau pekerja sawah menjalankan kerja meracun sebegini. Tersangat merbahaya kerana ia bermandi dengan semburan racun.Sempat membuat rakaman dan bertanya kepada dua orang kampong yang berada ditepi batas. Mereka menyatakan bahawa bena perang menyerang padi. Oleh itu kerja meracun terpaksa dibuat.
.

.
Disini ingin saya berkongsi sebuah laporan dari kalangan penyelidik tempatan mengenai kesan racun terhadap kualiti padi, air, manusia, dan ekosistem biotik setempat. Penulisan bertajuk “The Impact of Pesticides on Paddy Farmers and Ecosystem” oleh pensyarah UKM, Bangi dan telah diterima untuk penerbitan dalam Advances in Natural and Applied Sciences, 6(1): 65-70, 2012.

Kajian tersebut dibuat di kawasan Sg Burong dan Sawah Sempadan, Kuala Selangor. Seramai 219 orang petani telah ditemuduga. Penemuan kajian diringkaskan seperti di bawah:

Penggunaan Racun Kimia

Racun agrokimia yang digunakan adalah Paraquat, Rumputoq, Malathion, Thiodan, Amine, Furadan, 2 4-D, Selvin 85, Prevathon, Solito, Amure dan Actarqa 250GM. Paraquat popular dan setiap musim, Jabatan Pertanian Daerah memberi subsidi sebanyak 10,000 liter racun ini. Disamping itu juga petani menambah beli Dumix-S, Dol-G, Sagatox dan Zealand-D.

Impak terhadap Padi

Kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan pokok padi muda terjejas dengan penggunaan Paraquat dan 2 4-D. Racun-racun ini diguna sebelum kerja membajak dilakukan. Sisabaki kedua janis racun ini boleh dikesan di dalam tanah, juga dalam air parit. Sisabaki ini juga membunuh mikrob dalam air dan mengganggu proses fotosintesis.

Kesan Terhadap Petani

Dari kajian, petani tahu bahawa racun agrokimia adalah merbahaya. Seramai 51.5% petani mengaku mengalami kesesakan bernafas semasa atau selepas membuat kerja meracun. 26% mengalami kegatalan dan kudis, serta 13.7% mengalami macam ruam (rashes) kulit dan kulit tangan mengelupas. Beberapa kes yang serius adalah dimana petani pitam, mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Mereka dimasukkan ke hospital.

Daripada tahun 2005 hingga 2010, Hospital Tanjong Karang merekodkan 94 kes berkait dengan keracunan racun agrokimia, dan 14 melibatkan kematian. Tahun 2009 sahaja seramai 24 orang terbabit dan 2 kematian, iaitu jumlah yang paling tinggi.

      Tahun          Kes   Kematian
2005 17 2
2006 19 1
2007 9 3
2008 17 3
2009 24              2
        2010 8 3
     Jumlah 94 14

.

Kesan Keracunan Di Badan

Kesan Keracunan Di Badan

Impak Terhadap Ekosistem Biotik Dalam Sawah

Penggunaan racun telah mengurangkan bilangan ikan air tawar dalam sawah. Ini diakui oleh petani sendiri, dengan menyatakan bahawa ini adalah kesan penggunaan Paraquat dan Thiodan. Burung, itik dan ayam juga terkena racun melalui pemakanan.

Petani juga menyatakan bahawa penggunaan racun tidak menjaminkan kawalan daripada serangan serangga perosak.

Mak Tam hanya ada satu nasihat. Bertukarlah kepada mengguna produk SRI yang boleh dibuat sendiri dan sudah tentu SELAMAT, JIMAT, MENGUNTUNGKAN. Tengok apa Puan Aini kata kat bawah ni:

Produk SRI

Produk SRI

Padi SRI : Mungkinkah SRI Lovely, Sik, Kedah Menempah Sejarah?

Pada Ahad, 20 Mei, 2012, berduyun akan turun para ilmuan dari UKM, UPM, UUM, pendokong SRI, pegawai Jabatan Pertanian, BERNAS, dan orang yang berminat dan ingin ke SRI Lovely, Kg Lintang, Belantek, Sik, Kedah. Sudah tentu sahaja Pak Tam dan Mak Tam akan bersama. Dah tempah pondok pun (RM40 sahaja satu malam). Bawalah toto, selimut dan bantal sendiri. Takut tak cukup.

Akan dibuat perkiraan komponen hasil bagi padi MR263 pada hari tersebut. Mungkinkah boleh mencapai hasil yang tinggi di bawah pengurusan SRI yang 100% organik, hari itu akan menentukan. Insyaallah, sama-sama kita saksikan bersama. Mak Tam optimistik, oleh itu nak kena pergi juga. Walaupun tak mencapai cita-cita, tidak akan kecewa. Perjuangan akan diteruskan. Apa pun terjadi, akan Mak Tam kongsikan diblog ini. YES! Rasa tak sabar nak menunggu hari tersebut. :D

Jika anda berminat untuk bersama kami, sila hubungi Kapten Zakaria (013-464-3935).

Kalau nak some fun, boleh cuba main kaki kayu. Tapi jangan pakai kain pelikat macam Kamal Tasnim ni. Bahaya!

PADI SRI : 34 Hari Pertumbuhan Padi SRI di Selangor

34 Hari Pertumbuhan Padi SRI

34 Hari Pertumbuhan Padi SRI

Pertumbuhan pokok amat memberansangkan.  Dari hanya satu anak benih yang berumur 10 hari, sekarang ini telah bercambah anak dan menghijau dengan baik. Air dinaikkan semula untuk membuat kerja-kerja melandak.

Kali ini kami membawa bersama seorang rakan lama Pak Tam dari Tasmania, Australia, iaitu Margaret Eldridge. Margaret datang untuk kerja serta berjumpa rakan-rakan lama.

Keluarga Nazri Bersama Margaret dari Tasmania

Keluarga Nazri Bersama Margaret dari Tasmania

Sebenarnya, Margaret pernah datang ke Sungai Leman sekitar tahun 1979. Pak Tam semasa itu membawa Margaret melawat Sg Leman dan diperkenalkan kepada Ibu dan Bapa Nazri. Semasa itu jika tak silap Nazri baru berusia dalam lingkungan 12 tahun. Berjumpa balik selepas 32 tahun. (small world!)

Margaret pernah tinggal di Indonesia semasa muda nya. Oleh itu boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Lihat betapa rancaknya Nazri menceritakan pengalaman nya dengan kaedah penanaman SRI kepada Margaret.

Saudara Nazri Menerangkan Sesuatu Kepada Margaret

Saudara Nazri Menerangkan Sesuatu Kepada Margaret

Bagi Margaret pengalaman amat menggembirakan kerana telah melihat sendiri peningkatan taraf hidup orang kampung di Sg Leman, terutamanya ibu dan bapa Nazri sendiri. Pada tahun 1979 dulu, keluarga mereka tinggal dalam sebuah rumah kecil berlantaikan kayu bulat dari hutan gambut. Sekarang mereka mempunyai anak-anak yang berjaya dalam hidup, malah salah seorang anak perempuan mereka telah berjaya menamatkan pengajian diperingkat Doktor Falsafah (Ph.D). Margaret melihat kejayaan ini sebagai satu usaha yang bermula lebih 30 tahun yang lalu, dan dia berasa bangga dapat melihat sendiri perubahan ini.

Rumah Ibu dan Bapa Nazri

Rumah Ibu dan Bapa Nazri

PADI SRI: Minggu Ke-3 September, 2010 – Sg Leman, Sabak Bernam, Selangor.

Perancangan Kerja

Perancangan Kerja

Selain daripada Saudara Nazri, adiknya Saudara Khairi, atau lebih dikenali dengan panggilan Atan adalah orang yang bertanggungjawb menguruskan semua kerja-kerja sawah. Beberapa sesi perbincangan diantara mereka dengan Salehuddin (Pak Tam) dan saya (Mak Tam) dibuat setiap kali kami ke tapak percubaan.

pH Tanah 4.5 Pada Permulaan Projek

pH Tanah 4.5 Pada Permulaan Projek

Pada masa yang sama, padi disekeliling tapak sawah padi SRI ini telah mula ditanam pada minggu kedua September, 2010.

Oleh kerana kerja-kerja penyediaan tanah perlu dibuat dengan baik, tarikh penanaman padi SRI terpaksa ditangguhkan lewat sedikit.

Selepas parit siap dikorek, air mula dimasukkan bagi melembutkan tanah.

Benih padi yang telah dipilih menggunakan air garam, telah direndam selama 24 jam, dan kemudian ditos selama 24 lagi.  Benih padi mula mengeluarkan ‘mata’ dan pada masa itu,  ditaburkan ke atas tapak semaian secara jarang-jarang. Ini adalah untuk memudahkan anak benih diceraikan semasa hendak ditanam nanti.

Benih Yang Telah Bercambah Ditabur Atas Tapak Semaian

Benih Yang Telah Bercambah Ditabur Atas Tapak Semaian

Selepas biji benih ditabur ke atas tapak semaian, beberapa pelepah daun kelapa digunakan untuk tutup tapak semaian. Ini adalah untuk memberi perlindungan kepada anak benih daripada cahaya matahari yang terik, dan juga menjaga kelembapan tanah. Benih dijaga selama 10 hari.

Bersama kami, anak Khairi yang dipanggil Monet sentiasa berada dekat dengan ayahnya. Saya berkata kepada Pak Tam, ‘Alangkah kayanya anak-anak kat kampong dengan pengalaman hidup yang aman damai dan segar. Anak-anak dibandar terpaksa terperuk di rumah kerana dikhuatiri dilanggar orang jika bermain ditepi jalan, dicuri orang jika keseorangan di taman permainan, dan berbagai bahaya lagi.’  Pak Tam sempat mengambil gambar Monet bermain buaian yang dipasang oleh Datoknya di belakang rumah.

Monet

Monet

PADI SRI : Pada masa ini, 42 buah negara telah menerimapakai kaedah penanaman SRI di seluruh dunia. Malaysia dimulakan di Tunjong, Kelantan dalam tahun 2009.

Negara Yang Terimapakai Kaedah SRI

Negara Yang Terimapakai Kaedah SRI

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers