SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

 

Mak Tam rasa sangat seronok menjadi warga SRI-Mas. Dapat ramai kawan dan kenal ramai anak-anak muda di menara gading. Yang ni ‘Rainbow Girls’ yang memudahkan perjalanan sesi Demo Stations. Syabas ‘Rainbow Girls’!

SRI-Mas : Rainbow Girls

SRI-Mas : Rainbow Girls

Banyak yang Mak Tam nak ceritakan di sini. Tapi buat masa ini sila tengok gambar-gambar dulu. Sila klik di link di bawah:

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

Satu bengkel mengenai IPM (Integrated Pest Management) atau Pengurusan Perosak Bersepadu diperingkat kebangsaan akan dianjurkan bersama oleh UKM, UPM, SEACON, BERNAS, LESTARI dan SRI-Mas. Bengkel akan diadakan di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM, Bangi, Selangor pada 12-13 September, 2012. Cara untuk mendaftar akan diberitahu kelak. Muat turun SRI-Mas IPM Workshop Brochure di sini.

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM

Padi SRI Selangor : Laporan Lawatan Prof Dr Norman Uphoff Ke Malaysia (1 – 9 Julai, 2011)

Jika berminat mengetahui kemajuan SRI di negara kita Malaysia, silalah klik disini. Ia terkandung dalam laporan lawatan Prof Dr Norman Uphoff dan Lucy Fisher dari CIIFAD yang berpusat di Cornell University, Ithaca, New York. Hingga sekarang, sudah ada 48 negara di dunia menggunakan SRI dalam penanaman padi mereka. Sila lihat peta dan tahun pengenalan SRI ke negara-negara ini. Yang belum direkodkan dalam peta tersebut adalah Solomon Islands, Morocco, Ethiopia, Nigeria, Colombia dan Guyana.

Padi SRI Selangor : Lawatan Prof Dr Norman Uphoff & Lucy Fisher dari CIIFAD

Padi SRI Selangor : Lawatan Prof Dr Norman Uphoff & Lucy Fisher dari CIIFAD dari kiri: Deri Ramdani, Mak Tam, Lucy Fisher, Prof Dr Norman Uphoff, Pak Tam, Mokhtar

Padi SRI Selangor : Cara Membuat MOL Siput Gondang

Padi SRI Selangor : Cara Membuat MOL Siput Gondang

Padi SRI Selangor : Siput Gondang

Baru sebentar tadi dapat permintaan daripada Facebook. Saudara Zoro Terbang (aisay.. Zoro naik kuda, daa…) minta resipi MOL siput gondang. Sebenarnya siput apa-apa pun boleh. Tapi pasal siput gondang yang makan padi, biar kita buat bagi padi makan siput gondang pulak, seperti kata Pak Aep Saepudin Tasikmalaya.

Bahan:
5 kg siput yang masih hidup,
1 kg gula merah,
10 liter air kelapa.

.

Cara membuat MOL (Mikro Organisma Lokal):
1. Tumbuk siput sampai hancur dan tuangkan ke dalam bekas plastik. Pastikan tinggal ruang udara lebihkurang suku daripada saiz bekas.
2. Masukkan gula merah dan air kelapa, kacau hingga rata.
3. Tutup bekas plastik dengan rapat dan salurkan udara dari dalam bekas plastik melalui paip plastik ke dalam botol berisi air (penyediaan MOL dalam keadaan inaerobik). Lebihkurang macam gambar kat sini. Cuma mungkin bekas lebih besar dan siput lebih banyak. Juga memastikan bekas plastik berisi siput tidak meletup.

4. Selepas 7 hari, tapis dan tapisan disimpan didalam bekas plastik yang ditutup rapat. Simpan di tempat redup.

.

Padi SRI Selangor : Tumbuk Siput Sampai Hancur

Padi SRI Selangor : Tumbuk Siput Sampai Hancur

Cara menggunakannya:

MOL siput ini boleh digunakan sebagai bahan pereput, juga sebagai baja.

Sebagai bahan pereput untuk membuat kompos:

Guna pada kadar 1 liter MOL siput dan 5 liter air (elok jangan guna air paip sebab air paip ada klorin – guna air hujan atau air dari palong/parit), serta campur 3 sudu gula merah. Kacau dan siram atas bahan organan yang hendak dikomposkan.

Sebagai baja:

Guna pada kadar 1 liter MOL siput dan 10 liter air. Sembur kepada pokok padi berumur 10, 20, 30, dan 40 hari lepas tanam.

.

Kebaikan mengguna MOL siput gondang:

MOL siput gondang mengandungi nitrogen dan protin amino asid yang tinggi. Oleh itu ia boleh memacu pertumbuhan awal tanaman padi. Gunalah MOL ini terhadap padi yang ditanam secara konvensional dan tengok perbezaannya. Lepas tu laporkan kepada Mak Tam apa yang terjadi. Baru lah seronok Mak Tam bagi resipi. Kalau tidak, penat den menaip, jo…

Nota:  Sesapa nak resipi yang lain, kena buktikan sudah buat MOL siput gondang dulu. Buat blog bergambar ke, video ke.. Amacam?  :D

.

Atau boleh pergi buat training yang lengkap dan hands-on di Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd. Latihannya best sekali. Pak Tam dan Mak Tam hasil dari dilatih di FTC, Seberang Perak. Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Tuan Haji Rohaizat Ahmad (message kat facebook nama Rohaizat Ahmad) atau email beliau di rohaizat@felcratraining.com. Atau hubungi Encik Kharul 012-322-9755. Selamat belajar!

Percayalah, anda sudah tentu bersyukur dapat mengetahui rahsia alam semulajadi pertanian yang diciptaNya.

Padi SRI Selangor : Bengkel Pertanian Ekologi, FTC, Seberang Perak

Padi SRI Selangor : Bengkel Pertanian Ekologi, FTC, Seberang Perak

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Dicuba Di Tanah Encik Toif, Sawah Sempadan pada 25 Julai, 2011

Padi SRI Selangor :  Latihan Membuat Baja dan Penghindar Natural Farming

Padi SRI Selangor : Latihan Membuat Baja dan Penghindar Natural Farming

Hari Isnin 25 Julai, 2011 dimulai dengan Pak Tam, Mak Tam dan Wahidah memberi latihan membuat baja dan penghindar SRI untuk rakan-rakan di PLKP, Tg Karang.  Empat orang dari kalangan rakan-rakan PLKP terlibat dalam aktiviti persawahan. Harapan kami adalah agar mereka dapat memulakan pembuatan sendiri baja dan penghindar ini dan menggunanya terus kepada padi mereka. Semoga mereka dapat faedah dari ini, dan seterusnya, dapat menjadi contoh kepada petani disekitar sawah mereka nanti.

Padi SRI Selangor : Rakan PLKP Memberi Perhatian

Padi SRI Selangor : Rakan PLKP Memberi Perhatian

Pada sebelah petangnya, kami bersama Talib dan rakan-rakan menjurus ke tanah Encik Toif di Blok W, Sawah Sempadan. Hati kami berdebar-debar kerana pada hari ini Encik Toif seharusnya telah mula melandak. Semasa kami sampai, kami dapati sawah telah pun dinaikkan air untuk melembutkan tanah sebelum kerja melandak dibuat.

Saya terus menelefon Encik Toif. Anaknya Siti menjawab dan memberitahu dia dan ayah nya berada di Ipoh untuk memberi barang untuk lori mereka. Setelah Pak Tam gagal mencari abang kepada Siti, kami mengambil keputusan untuk mencuba mesin melandak yang diubahsuai oleh Talib dan rakan-rakan.

Wahidah bertepuk tangan sambil berlari-lari anak untuk melihat Talib menggunakan mesin melandak untuk kali pertama di sawah semasa anak padi berumur 10 hari. Pak Tam yang mulanya nampak terpegun bersorak riang, ‘wooo.. hooi.. orait Lib, orait..’ Saya berjalan atas batas sambil memegang kamera dan hampir tergelincir ke dalam parit. Tapi kalau jatuh parit pun saya rasa berbaloi. Kami telah dapat satu mesin yang boleh menjalankan kerja melandak dengan lebih senang dan lebih cepat. Sekarang kena buat ‘sling’ bahu yang boleh menampung berat mesin, agar operator boleh menggunakan tangan untuk kawal perjalanan mesin dengan lebih tepat. YES! Go Padi SRI Selangor. Go PLKP SRI, Go PPL SRI.. GO, Go. Go…  :D   Syukur Alhamdulillah, Ya Rabb..

SRI-Mas : Dr Anni Mitin, SEACON – The Future of Rice Production

 

SRI-Mas : Panel Perbincangan – Cabaran dan Saranan: Perkembangan SRI di Malaysia Part 1

.

SRI-Mas : Panel Perbincangan – Cabaran dan Saranan: Perkembangan SRI di Malaysia Part 2

SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) SRI The Selangor Experience – A State Government Initiative

Klik untuk download Powerpoint presentation SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) The Selangor Experience – A State Government Initiative

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers