Padi SRI Selangor : Penerangan SRI dan Promosi Produk SRI di Taliair 8, Sg Leman (26 Sep, 2011)
Pada 26 September, 2011, satu lagi sessi penerangan kepada para warga tani, kali ini di Dewan Taliar 8, Sg Leman. Lebih kurang 60 orang petani hadir. Petani menunjukkan reaksi positif apabila diberitahu bahawa dengan penggunaan produk SRI pada tanaman konvensyenel, petani boleh mengurangkan 50% kos pembelian racun, dan padi masih dapat mengeluar hasil yang baik.
Encik Razak Chik juga menceritakan pengalaman beliau menggunakan produk SRI ke atas tanaman padi konvensyenelnya pada musim lepas. Dari perkiraan musim lepas, beliau telah dapat menjimatkan RM6000 bagi 11 keping tanah (13.4 hektar) dalam pembelian racun dan baja tambahan pada musim lepas. Itu adalah dengan mengurangkan hanya 50% penggunaan racun kimia dan diganti dengan produk SRI. Bukan itu sahaja, tanaman beliau pada musim lepas tidak menghadapi serangan ulat batang dan bena perang. Juga tidak menghadapi penyakit padi seperti hawar daun dan ‘false smut’ seperti yang dialami sawah yang berjiranan dengannya.
Beliau juga menceritakan semasa makan tengahari bahawa ia telah membuat keputusan meringankan urusan kewangan bulanannya dengan membayar terus untuk 6 bulan ansuran keretanya, sambil tersenyum lebar. Begitulah salah satu kelapangan yang dirasainya sejak menceburkan diri dalam SRI. Semoga beliau akan mendapat lebih banyak manfaat. Pada musim ini Encik Razak juga bertekad untuk mengurangkan penggunaan racun kepada 70% dengan diganti oleh produk SRI. Sama-samalah kita doakan agar perjuangan beliau berjaya. Boleh kita belajar lagi cara-cara menjimatkan kos pengeluaran padi. Penjimatan kos secara otomatis menjana pendapatan kepada petani. InsyaAllah.
Selepas majlis penerangan, beberapa petani datang ke meja depan yang mempunyai botol-botol produk SRI. Pelbagai pertanyaan diajukan oleh mereka mengenai produk SRI. Ada beberapa orang yang membeli produk ‘SRI Anak’ untuk dicuba di sawah masing-masing. ‘Sri Anak’ adalah produk yang digunakan untuk padi yang berumur 30 hari ke bawah. Saya mencadangkan jika ada sesiapa yang berminat untuk belajar cara membuat produk SRI, agar berhubung dengan Wahidah supaya boleh beliau adakan latihan hands-on.

























