Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 7

bersambung: Penyediaan Tanah Sawah Selepas Menuai

6. Meratakan Tanah Dalam Air (Guna Jentera 2-Roda)

Padi SRI 2 : Meratakan Tanah Sawah Mengguna Jentera 2-Roda

Padi SRI 2 : Meratakan Tanah Sawah Mengguna Jentera 2-Roda

Bagi mereka yang mempunyai jentera 2-roda sendiri, kerja meratakan tanah sawah juga boleh dibuat menggunakan jentera 2-roda. Sila lihat dalam video bagaimana kerja-kerja meratakan tanah menggunakan jentera 2-roda dibuat.

Sawah perlu diisi dengan air. Paras air akan menjadi ‘penimbang’ atau petunjuk bagi melihat kawasan tanah yang tinggi. Tanah diolah sehingga seluruh sawah menjadi sama rata, iaitu dengan menggunakan paras air sebagai petunjuk. Tapi cara ini juga ada ‘setback’nya. Air yang digunakan kemudian akan dibuang kedalam parit. Ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran, kecuali ada cara dimana air boleh dipamkan balik kedalam sawah.

Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 6

bersambung: Penyediaan Tanah Sawah Selepas Menuai

5. Meratakan Tanah Dalam Air (Guna Bajak Niplo)

Bajak Niplo - Merata Tanah Dalam Air

Bajak Niplo - Merata Tanah Dalam Air

Meratakan dalam keadaan kering menggunakan ‘back bucket’ membuat kerja merata yang separa siap. Satu lagi peringkat adalah menggunakan bajak niplo. Untuk tujuan ini, air perlu dimasukkan kedalam sawah bagi mengetahui kawasan tanah yang tinggi dan yang rendah dalam sesuatu petak sawah itu. Sila lihat gambar disebelah yang mana tanahnya masih memerlukan perataan.

Kelebihan bajak niplo ini adalah kecepatannya membuat kerja-kerja meratakan tanah. Dengan menggemburkan tanah, ia secara terus mewujudkan ruang oksigen yang banyak pada permukaan tanah sawah. Ini bagus untuk mikro organisma dalam tanah. Bajak niplo memerlukan lebihkurang sejam untuk menyiapkan tanah 1 hektar mengikut kecekapan operator. Bajak niplo memerlukan 2 – 5 sentimeter air membasahi tanah sawah.

Dipenghabisan video dibawah, terdapat gambar burung-burung bangau yang selalu menemani jentera besar yang bekerja di sawah. Burung-burung ini mencari makanan seperti serangga yang terbang semasa jentera berkerja, dan juga cacing yang terdedah bila tanah di bajak. (Burung-burung bangau ini penyejuk hati, bagi diri saya!) :-)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers