Padi SRI 2 : Petani Menyediakan Baja Organik

Encik Rosli Menunjukkan Kesan Positif Baja Organik

Encik Rosli Menunjukkan Kesan Positif Baja Organik

Baru tadi Wahidah tag saya kepada albumnya di Facebook. Gambar-gambar ini menunjukkan kumpulan tani di bawah bimbingannya di Parit 9, Sg Leman menyediakan baja organik mengguna kaedah yang dipanggil Natural Farming (Korea). Ia juga dikenali sebagai MOL (Mikro Organisma Lokal) di Indonesia.

Petani-petani ini menanam pelbagai jenis sayuran dan tanaman kontan, seperti jagung, keledek, ubi kayu, dll. Selama beberapa bulan mereka ini didedahkan kepada penggunaan baja organik natural farming oleh Wahidah, sekarang mereka yakin akan kelebihan penggunaan baja organik atas tanaman mereka. Kawasan sayuran ini adalah dalam kawasan yang sama dengan petak pemerhatian padi SRI. Pada masa yang sama, baja-baja ini juga boleh digunakan atas padi, dengan menentukan kadar dan kekerapan membuat penyemburan.

Di sini saya kongsikan pautan kepada beberapa album Wahidah ini.

ALBUM 1 – Menyediakan IMO 1 Mengguna Daun Buluh Kering

ALBUM 2 – Menyedia OHN Halia, Lengkuas dan Bawang Putih

ALBUM 3 – Penyediaan OHN Kulit Kayu Manis, Liquorice dan Angelica Step 1

ALBUM 4 – Kursus Natural Farming Penyediaan IMO 3

ALBUM 5 – 04hb April 2011 Penyediaan Baja Organik

ALBUM 6 – Penyediaan OHN Kulit kayu manis, liqurise dan angelica Step 2

Saya mengenali Wahidah semasa saya bekerja di Institut Pertanian Serdang. Beliau merupakan peserta program inkubator keusahawanan. Pada saya beliau merupakan salah seorang daripada kalangan mereka yang bersungguh dan komited kepada usaha-usahanya. Telah melalui pelbagai cabaran tetapi sentiasa cekal dan tabah.

Saya dan Pak Tam berasa bertuah mengenali beliau. Semoga kerja-kerjanya dengan petani gambut mendapat keberkatan dan menerima ganjaran yang setimpal dengan kesungguhannya menaikkan semangat dan taraf ekonomi golongan tani di bawah penyeliaannya. Amin…

PADI SRI : Oleh kerana bertolak agak lewat, kami telah sampai ke Kota Bharu pada lewat malam, hampir jam sebelas. Hotel di tengah bandar kebanyakannya penuh pada waktu itu. Mujurlah dapat menginap di sebuah hotel yang mempunyai sebuah bilik ‘family’ ditingkat atas sekali.

Esoknya kami menghubungi Encik Kamaruzzaman daripada pejabat PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan). Kami mengikuti kenderaan beliau hingga ke sebuah kawasan yang agak tersorok daripada pandangan.

Mengimbas kembali, sesampai kami di kawasan penanaman padi SRI di Tunjong, Kelantan, terasa sebagai ada suatu kelainan. Setelah melalui kawasan yang semak samun dan kawasan padi yang ditumbuhi rumpai dan padi batat, mata cepat menangkap kawasan sawah yang cantik dipandang mata. Seolah memasuki kawasan yang terasing dari sekelilingnya. Atau saya tiba-tiba berjiwa puitis. Apa pun, ada lintasan puisi yang bermula dari mata meluncur ke hati apabila tiba ditempat ini.

taman organik tunjong, padi organik, kelantan, tunjong, beras organik, organik, beras, padi sri

Papan tanda Taman Organik Tunjong menyambut kedatangan kami

Kawasan yang kami sampai ini bersebelahan dengan kawasan KADA. Kami disambut oleh itik-itik yang baru lepas mencari makan di sawah yang telah siap dituai.

Pak Aep Saepudin

Pemandangan di sawah di Tunjong, Kelantan.

Tandatanya mengenai padi SRI masih terngiang-ngiang di kepala. Kami lihat disekeliling, ada sebuah kawasan padi yang luasnya lebihkurang 10 ekar bersih digenangi air. Di sebelahnya adalah deretan bangunan kedai 3-tingkat. Kawasan sawah yang terhad, diiringi bunyi itik-itik, dan hembusan angin yang perlahan, membuat saya berasa seperti berada disuatu tempat yang asing.

padi organik, organic rice, padi organik, pad, organik, organic, tunjong, kelantan, tunjung

Sawah Tenang Berjirankan Pembangunan

Sayangnya, semasa lawatan, mereka sudah lepas menuai. Jadi tiada apa yang boleh dilihat. Sayugia, kami terus mencari tempat duduk dibawah sebuah bangunan beratap rumbia. Sejuk dan berangin.

Sejenak kemudian, datang seorang lelaki yang diperkenalkan kepada kami sebagai Pak Aep, nama penuhnya Aep Saepudin berusia empat-puluhan. Beliau dikatakan datang daripada sebuah kawasan di Jawa Barat yang bernama Tasikmalaya. Seorang pejuang makanan organik yang gigih dan tegas.

Setelah wadah perkenalan, soalan pertama kami adalah, “Pak Aep, apa itu SRI?”. Penjelasan yang panjang lebar yang diberi amat menarik perhatian kami berdua. Setelah memulakan kerja kami dikawasan yang ada bertanam padi sejak lewat tahun ’70an, apa yang kami dengar dari mulut Pak Aep menguji pemahaman tanaman padi secara konvensyenel.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers