SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) SRI The Selangor Experience – A State Government Initiative
Klik untuk download Powerpoint presentation SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) The Selangor Experience – A State Government Initiative
July 24, 2011
SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) SRI The Selangor Experience – A State Government Initiative
Klik untuk download Powerpoint presentation SRI-Mas : Noorazimah Taharim (Mak Tam) The Selangor Experience – A State Government Initiative
June 10, 2011
Rakan-rakan dari Unit Kejenteraan Jabatan Pertanian, Tg Karang, Selangor serta Pak Tam dan saya pergi ke Tunjong, Kelantan dalam pencarian mesin menanam padi jenis parachute. Tetapi apa yang kami jumpa juga adalah mesin melandak yang mempunyai potensi mengatasi masalah penanam padi SRI sekarang. Yes! We definitely can….
June 10, 2011
Padi SRI : JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERTAMA SRI (5-6 Julai, 2011)
Jumpa di sana…. di sana… di sana….
Kepada rakan-rakan Padi SRI Selangor yang tak dapat menghadiri Persidangan silalah download eBrosur bertajuk ‘Penanaman Padi Cara SRI’ di http://facebook.com/Padi.SRI.Selangor/ Semoga persidangan ini menjadi jambatan persefahaman dikalangan semua orang pencinta alam. Amin. (Apabila di Padi SRI Selangor, klik eBrosur SRI, kemudian klik butang tetikus sebelah kanan untuk download).
Tujuan utama bagi Persidangan ini ialah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman, terutama di kalangan pengamal SRI di Malaysia, dan untuk berbincang mengenai cara-cara menengahkan SRI sebagai penyelesaian alternatif masalah jaminan bekalan beras di Negara ini.
Sila guna borang pendaftaran di bawah dan sila daftar sebelum 28 Jun, 2011. (Klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas).
Muat turun brosur di sini: Brosur SRI Bahasa Melayu
Muat turun borang pendaftaran: Borang pendaftaran
Download brochure in English here: SRI-Conference 5-6 July 2011- Brochure
October 8, 2010
PADI SRI : Sepanjang hidup saya, termasuk ketika bertandang ke Kampong Ngok, Kuala Kangsar, semasa saya masih kecil, padi sentiasa saya tengok ditanam dalam air. Selalunya kedalaman air diantara 4-6 inci. Begitu juga semasa saya mengambil degree Sains Pertanian di UPM sekitar 1974-1978, dimana projek tahun akhir saya bertajuk The effect of time of flooding on wet and upland padi varieties/ by Noorazimah binti Taharim.
Jadi apabila ada orang kata padi lebih sesuai ditanam dengan keperluan hanya air acak-acak (tanah lembab dan sedikit basah, iaitu tidak dibanjiri), saya menjadi teruja. Saya pernah membaca mengenai padi huma, tapi sayang sekali tidak pernah berpeluang melihatnya. Apa yang saya tahu, hasil padi huma adalah rendah sekitar 0.5-1.5 tan sehektar.
Disini ada gambar dan sedikit cerita tentang penuaian padi huma oleh kaum asli Semelai di Post Iskandar, Bera, Pahang. Gambar di bawah adalah dari bertuahagroorganics.blogspot.com yang menunjukkan tanaman padi huma di Sarawak.
Jadi apabila boss berkata tanggal 2 Ogos, 2010, “Salehuddin dan Noorazimah, go to Kelantan!”, kami tidak berlengah lagi. Berbekalkan pengalaman kerja kami dalam penanaman padi, pelbagai pertanyaan timbul dibenak. Betul ke padi hanya memerlukan sedikit air? Bagaimana untuk mengawal padi angin jika air tidak dimasukkan segera? Betulkah padi di tanam mengguna kaedah SRI mampu memberi hasil sehingga 16 tan sehektar? Tanpa baja kimia dan racun makhluk perosak?
Tentunya anda tertanya-tanya? Mengapa ke Kelantan?
October 6, 2010
PADI SRI : Tertera satu penulisan yang dibentangkan oleh Azmir Firdaus pada 5 Mei, 2009 untuk tatapan semasa. Sila titip di sini http://pertanianselangor.wordpress.com/2009/05/05/system-of-rice-intensification-sri-dan-penanaman-menggunakan-mesin-transplanter/ sebagai bacaan awal.