Padi SRI : Pertumbuhan Padi Ditanam Cara SRI di Sg Leman, Selangor (Musim 2-2010)

Bagi tanaman padi secara konvensyenel, padi perlu diberi baja pada 15 hari, 35 hari, 50 hari dan 65 hari selepas tanam. Buat masa ini, tanaman padi secara konvensyenel memerlukan baja kimia untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Bagi petani-petani dari kalangan kaum Cina di Sekinchan, dan kaum India di Sg Burong, serta usahawan-usahawan Melayu, baja tambahan digunakan bagi memastikan hasil dapat mencapai 9 – 10 tan sehektar. Ini termasuk juga penggunaan racun makhluk perosak bagi mengawal serangan serangga perosak serta penyakit padi sepanjang musim padi.

Saya teruja melihat pertumbuhan padi yang ditanam dengan cara SRI ini. Seminggu sebelum menanam, tanah sawah ditabur dengan kompos najis lembu dan jerami, dan diperkayakan oleh mikrob tempatan (IMO – Indigenous Microorganisms). pH tanah sepanjang tempoh pertumbuhan padi adalah diantara 6 – 6.5. Air di sawah dikurangkan sehingga tanah digenangi air yang acap-acap selama 45 hari pertama, kecuali semasa membuat kerja menggembur tanah, kemudian diberikan air dalam 4 sentimeter hinggalah 10 hari sebelum menuai. Kerja menggemburkan tanah dilakukan 4 kali. Bagi tanaman padi cara SRI yang pertama ini, yang perlu dipertingkatkan adalah mengenalpasti pengelak serangga dan penyakit secara organik. Alhamdulillah, sekarang telah ditemui ramuan organik yang sesuai bagi tujuan perlindungan tanaman padi. Lihatlah pertumbuhan padi SRI pertama di Sg Leman, Selangor dalam video dibawah.

Gambar-gambar dalam video ini diambil pada tarikh-tarikh yang tertera di video, dengan Pak Tam (Salehuddin Hj Yahya) berada ditempat yang sama setiap kali gambar diambil.

PADI SRI : Sepanjang hidup saya, termasuk ketika bertandang ke Kampong Ngok, Kuala Kangsar, semasa saya masih kecil, padi sentiasa saya tengok ditanam dalam air. Selalunya kedalaman air diantara 4-6 inci. Begitu juga semasa saya mengambil degree Sains Pertanian di UPM sekitar 1974-1978, dimana projek tahun akhir saya bertajuk  The effect of time of flooding on wet and upland padi varieties/ by Noorazimah binti Taharim.

Jadi apabila ada orang kata padi lebih sesuai ditanam dengan keperluan hanya air acak-acak (tanah lembab dan sedikit basah, iaitu tidak dibanjiri), saya menjadi teruja. Saya pernah membaca mengenai padi huma, tapi sayang sekali tidak pernah berpeluang melihatnya.  Apa yang saya tahu, hasil padi huma adalah rendah sekitar 0.5-1.5 tan sehektar.

Disini ada gambar dan sedikit cerita tentang penuaian padi huma oleh kaum asli Semelai di Post Iskandar, Bera, Pahang.  Gambar di bawah adalah dari bertuahagroorganics.blogspot.com yang menunjukkan tanaman padi huma di Sarawak.

 

padi huma, upland padi

Padi huma di Sarawak

 

Jadi apabila boss berkata tanggal 2 Ogos, 2010, “Salehuddin dan Noorazimah, go to Kelantan!”, kami tidak berlengah lagi. Berbekalkan pengalaman kerja kami dalam penanaman padi, pelbagai pertanyaan timbul dibenak. Betul ke padi hanya memerlukan sedikit air? Bagaimana untuk mengawal padi angin jika air tidak dimasukkan segera? Betulkah padi di tanam mengguna kaedah SRI mampu memberi hasil sehingga 16 tan sehektar? Tanpa baja kimia dan racun makhluk perosak?

Tentunya anda tertanya-tanya? Mengapa ke Kelantan?

PADI SRI : Tertera satu penulisan yang dibentangkan oleh Azmir Firdaus pada 5 Mei, 2009 untuk tatapan semasa. Sila titip di sini http://pertanianselangor.wordpress.com/2009/05/05/system-of-rice-intensification-sri-dan-penanaman-menggunakan-mesin-transplanter/ sebagai bacaan awal.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers