Padi SRI Selangor : Dalam Sinar Edisi Selangor 26 Mei, 2011 (mukasurat N49)

Pada Selasa, 24 Mei, 2011, saya telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai padi SRI. Majlis adalah anjuran Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor. Seramai lebihkurang 500 orang terdiri daripada Ketua Blok Kawasan Padi, Ketua-Ketua Kampong, Pegawai-pegawai kerajaan daripada Jabatan Pertanian Negeri dan Pejabat Daerah hadir.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terimakasih di atas jemputan pihak Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor. Disamping itu, juga kepada pihak Felcra Training & Consultancy di atas sokongan yang dihulurkan kepada saya. Pelbagai inovasi daripada Unit Kejenteraan Jabatan Pertanian amat dihargai. Ribuan penghargaan kepada Kumpulan PPL Parit 9, Sg Leman Timur dan ‘Guru Besar’ daripada Jabatan Pertanian yang memperkenalkan produk Natural Farming yang boleh dibuat sendiri oleh petani. Yes! We Can…

Sila lihat salinan scan keratan akhbar di bawah:

SRI-IN-NEWS-26-5-2011-Sinar edisi Selangor

SRI-IN-NEWS-26-5-2011-Sinar edisi Selangor

Padi SRI Selangor : Gerai PPL Parit 9, Sg Leman Timur

Padi SRI Selangor : Gerai PPL Parit 9, Sg Leman Timur

Padi SRI Selangor : Penerangan oleh PPL Parit 9, Sg Leman Timur

Padi SRI Selangor : Penerangan oleh PPL Parit 9, Sg Leman Timur

Padi SRI 2 : Persediaan MOL Khusus Untuk Padi SRI Musim 1/2011 Pt 9

Baja Natural Farming Untuk Musim 1/2011

Baja Natural Farming Untuk Musim 1/2011

Bagi memastikan pada musim ini baja organik untuk digunakan cukup dan lengkap, penyediaannya dibuat secara serentak sebelum musim bermula, dan di simpan dalam botol-botol plastik. Ini adalah bagi memudahkan pembahagian kepada empat orang petani yang akan menggunakannya dalam penanaman musim ini.

Jenis-jenis baja natural farming atau MOL ini adalah telah digunakan dan di iktiraf oleh pihak Jabatan Pertanian untuk tanaman padi. Penggunaannya telah dicuba dan terbukti dalam penanaman di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan Melor, Kelantan. Sebuah buku panduan juga telah dicetak dan dijual dengan harga RM20 di Jabatan Pertanian.

Ringkasan bagi baja-baja natural farming yang disebut dalam video di bawah adalah:

FAA – Fish Amino Acid (Asid Amino Ikan) diperbuat daripada 1 bahagian ikan & 1 bahagian gula merah dan diperam selama 4 minggu. Selepas 4 minggu, tapis hasil pemeraman dan simpan dalam botol (jangan tutup ketat).

Encik Rosli Teruja Kesan Positif FPJ Kangkung Terhadap Padinya

Encik Rosli Teruja Kesan Positif FPJ (Kangkung) Terhadap Tanaman Padi (Transplanted)

FPJ – Fermented Plant Juice (Jus Tumbuhan Tertapai) diperbuat daripada kangkung. Peram 1 bahagian kangkung & 1 bahagian gula merah selama 5-7 hari. Selapas itu, tapis cecairnya dan simpan dalam botol yang tidak ditutup ketat.

FPJ – Fermented Fruit Juice (Jus Buah-Buahan Tertapai) diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, pisang, mangga. Peram 1 bahagian buah-buahan & 1 bahagian gula merah selama 5-7 hari. Selapas itu, tapis cecairnya dan simpan dalam botol yang tidak ditutup ketat.

OHN – Oriental Herbal Nutrient diperbuat daripada beberapa bahan yang boleh didapati daripada kedai ubat Cina, iaitu angelica (kedai ubat Cina panggil ‘tongkui’) dan licorice (‘kamcui’), kulit kayu manis. Bahan tambahan adalah bawang putih dan halia. OHN digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan ketahanan pokok.

Bagi petani padi yang menanam padi seperti biasa, iaitu sama ada cara tabur terus atau tanam calit guna mesin, juga patut mencuba baja-baja organik ini.  Besar kemungkinan pokok padi menjadi lebih subur dan tahan kepada serangan serangga perosak dan juga penyakit, Insyaallah.

Padi SRI 2 : Cara Membuat IMO3 & IMO4

IMO adalah singkatan bagi Indigenous Micro Organism (Mikro Organisma Setempat). Satu istilah yang digunakan oleh pejuang natural farming. Gambarajah di bawah ini menunjukkan proses pembuatan IMO1 hingga IMO5. Proses pembuatan IMO ini adalah dengan tujuan untuk membiakkan mikro organisma terpilih dengan lebih banyak. Untuk panduan membuat IMO1 hingga IMO5, sila layari site ini.

Padi SRI 2 : Proses Pembuatan IMO1 hingga IMO5

Padi SRI 2 : Proses Pembuatan IMO1 hingga IMO5

IMO3 ini akan dibuat 3 minggu sebelum menuai musim ini untuk digunakan musim depan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers