SRI 2013 : Persidangan Kebangsaan Kedua SRI 11-13 Jun, 2013 (hari ketiga)

Pembentangan Kertas Planeri 3 oleh Pak Tam

Pembentangan Kertas Planeri 3 oleh Pak Tam

SESSION 5 – IMPLEMENTING SRI INNOVATIONS

PENGERUSI: Azmir Firdaus, MOA

0830 – 0900 – “Enhancing Sustainable Rice Production Through SRI-Inspired Innovations” oleh SALEHUDDIN YAHYA (NS NATURE RICE) [VIDEO]

WORKSHOP: CHALLENGES, POTENTIAL AND DIRECTION OF SRI

PENGERUSI: PROF MADYA DR ANIZAN ISAHAK, UKM

Pembentangan kumpulan.

Perbincangan Berkumpulan

Perbincangan Berkumpulan

Sekitar Seminar Mekanisasi Padi SRI, Selangor 22 Dis, 2011

Presentation Bertajuk “SRI: Adaptasinya di Selangor” oleh Mak Tam (Yang ini telah di ‘update’ pada 24 Dis, 2011. Sila download yang ini).

Demonstrasi Mesin Melandak Mudahalih 1.7 hp

Demonstrasi Mesin Melandak Mudahalih 1.7 hp

Sementara saya menyediakan video untuk menceritakan ‘excitement’ pada hari tersebut, tengoklah gambar semasa sesi demo pada sebelah awal paginya. Para peserta tengah busy tangkap gambar. Macam ‘model jelita’ pulak mesin-mesin melandak hari tu.

Peserta Mengambil Gambil Semasa Demo

Peserta Mengambil Gambil Semasa Demo

Sehari sebelum seminar, PLKP sudah pun nampak cantik. Sudah tentu sahaja rakan PLKP bekerja keras berminggu-minggu membersih dan menyusun seluruh kawasan pejabat dan bengkel. Tapi mereka terus ceria walau pun penat. Syabas rakan SRI!

Seminar Mekanisasi Padi SRI di Selangor – 22 Dis, 2011

Dalam mengakhiri tahun 2011 ini, Jabatan Pertanian Negeri Selangor menganjurkan Seminar Mekanisasi Padi SRI di Selangor pada 22 Dis, 2011. Semua dijemput hadir jika berminat melihat perkembangan SRI di Selangor.

Poster Seminar Mekanisasi Padi Sri

Poster Seminar Mekanisasi Padi Sri

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Othman Mark 1 – Satu Impian Menjadi Kenyataan (24 Okt, 2011)

Banyak nak dicerita tentang mesin melandak ini. Tunggu, ye… :D

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Othman Mark 1 - Satu Impian Menjadi Kenyataan

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Othman Mark 1 - Satu Impian Menjadi Kenyataan

Percaya tak jika saya kata ini adalah mesin melandak 6-baris yang pertama di negara ini? Percayalah.. Saya ingin berkongsi ilmu dengan anda mengenai kelebihan membuat kerja-kerja melandak ini. Kalau penulisan saya ini tersekat-sekat, ada sebabnya. Saya kadang-kadang perlu mencari masa yang sesuai untuk menulis. Kalau ada gangguan, penulisan pun tak lancar. Sabar, ye…

Padi SRI Selangor : Alat melandak diperbuat daripada kayu dan paku.

Padi SRI Selangor : Alat melandak diperbuat daripada kayu dan paku.

Kalau anda pernah tengok kayu landak yang Pak Tam dan saya guna untuk melandak tanaman padi SRI yang pertama kami, tentu anda faham apa yang saya maksudkan. Cuba tengok gambar alat tersebut di kanan ni. Sikit punya sakit pinggang menolak kayu ini atas tanah sawah untuk menggaru tanah agar dapat buang rumput sambil menggembur tanah dicelah-celah pokok padi. Selama 2 musim kami menggunanya, dan ada projek yang kandas kerana tidak ada orang yang mahu membuat kerja melandak ini.

Cabaran inilah yang menjadikan kami berdua berazam untuk terus mencari mesin yang mampu membuat kerja-kerja melandak dengan ekonomik dan efisien. Cari punya cari kat youtube, suatu hari Pak Tam terjumpa video mesin melandak 7-baris dan 11-baris di Jepun. Subhanallah.. alangkah terujanya kami berdua. Kemudian bermulalah pencarian siapa yang boleh buat mesin-mesin seperti yang ada dalam video tersebut.

Tanggal 25 Julai, 2011, semasa saya tersenyum kegembiraan melihat mesin melandak 2-baris (mesin ECHO) digunakan di tanah Encik Toif di Blok W, Sawah Sempadan, sebuah kereta merah berhenti. Tidak lama kemudian, pemandunya menegur saya dengan menyatakan bahawa rakannya Kemat juga membuat padi SRI.

“Kemat punya lagi cantik dari ini,’ katanya sambil melirik senyuman. Wah, pada masa saya mencari orang yang bernama Kemat, ada pulak orang sebut nama itu. Pemandu kereta merah pun berlalu. Tak lama kemudian, Kemat sendiri datang menaiki motosikal. Dia membawa kami ke sawahnya yang mencuba penanaman ala SRI. Dia menunjukkan bekas melandak dibuat menggunakan traktor transplanter. Lagilah teruja kedua kami. Dia ajak ke rumah orang yang membuat mesin melandak yang ditarik oleh traktor transplanter.

Apabila Kemat memperkenalkan rakannya kepada kami, barulah saya sedar bahawa orangnya ialah pemandu kereta merah tadi. Othman namanya. Dari situ bermulalah kedua Pak Tam dan saya menaruh setinggi harapan agar merealisasikan mesin melandak yang ditarik dengan mesin transplanter. Walaubagaimanapun, beberapa minggu berlalu dengan kesibukan menanam padi.

Padi SRI Selangor : Tanggal 17 Okt, 2011 Roda Landak Dihadapan Othman

Padi SRI Selangor : Tanggal 17 Okt, 2011 Roda Landak Dihadapan Othman

Satu hari kami balik daripada Kedah, Pak Lang Razak menyiapkan roda-roda landak seperti yang dilihat dalam gambar di sebelah kiri ini. Pak Lang juga beraspirasi untuk membuat mesin melandak guna tranplanter. Pak Lang tolong tempahkan enam biji roda landak yang lebih tinggi. Sebaik mendapatnya, kami terus bawa kepada Othman. Seminggu kemudian kami ditemukan dengan mesin melandak yang kami impikan selama ini. Memang tepat sekali kami memilih Othman kerana pengalamannya mengendali pelbagai jenis mesin membolehkan ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Sementara menunggu cerita-ceriti yang panjang lebar, tengok video-video ini. Yakinlah, pertolonganNya memudahkan semua kerja.. Amin.

Video 1: Mesin Melandak Direalisasikan oleh Saudara Othman Mogek dari Blok D, Sawah Sempadan (24 Okt, 2011)


.
Nanti akan saya beritahu bagaimana kerja melandak boleh menguntungkan petani.  :)

Enam prinsip SRI adalah:

1.   Tanam anak benih muda (kurang dari 14 hari),

2.  Tanam dengan jarak 25 cm x 25cm, atau 30cm x 30cm, atau lebih (mengikut petak),

3.   Tanam satu anak benih pada setiap point,

4.   Guna baja organan seperti tahi lembu,

5.   Air hanya perlu acap-acap sebelum ‘panicle iniation’,

6.  Melandak (gemburkan tanah dilorong padi) pada 10, 20, 30 dan 40 hari lepas tanam.

Pemerhatian yang dibuat di Ambatovaky, Madagaskar pada tahun 1997-98 menghubungkaitkan kerja melandak dengan hasil padi memberi keputusan yang amat memberansangkan. Dari kalangan 76 orang petani bertanam padi dan membuat kerja melandak, keputusannya adalah seperti berikut:

2 petani tidak melandak mendapat hasil 6.0 tan/hek,

8 petani melandak satu kali mendapat 7.7 tan/hek,

27 petani melandak 2 kali mendapat 7.4 tan/hek,

24 petani melandak 3 kali dapat 9.1 tan/hek,

15 petani melandak 4 kali dapat 11.8 tan/hek.

Soalannya sekarang, apa kata kita buat kerja melandak ke atas padi yang kita tanam calit (iaitu tanam mengguna transplanter)? Saya berpendapat melandak boleh saja dibuat keatas tanaman padi konvensional, kerana prinsip mengudarakan tanah itu universal bagi semua tanaman. Saya rasa, jika dapat dibuat 3 kali melandak, itu sudah sangat baik dengan jangkaan kenaikan 3 tan/hek.

Pada hujung musim ini kita akan dapat melihat sama ada ini dapat direalisasikan atau tidak. Encik Mokhtar dari Parit 9, Sg Leman sempat membuat kerja melandak satu kali pada dua lot tanahnya. Selepas melandak, Encik Mokhtar terus menabur baja subsidinya. Dalam masa empat hari, pokok-pokok padinya menunjukkan tumbesaran yang sangat ketara berbanding dengan tanaman jirannya. Kita juga dapat melihat perbezaan diantara petak yang diberi IMO2 (MOL Nasi) ke atas jerami serta terus dibajak masuk ke dalam tanah, dengan petak tanah yang dibakar. Jadi kita sama-sama tunggu..  :D

SRI bukannya satu teknologi, ia adalah ‘work in progress’. Boleh saja petani membuat pelbagai percubaan untuk mendapat hasil tertinggi. Kemat sudah merancang satu pembaharuan kepada tanaman padi cara SRI. Syabas semua rakan tani yang menyahut cabaran perubahan dengan berbagai cara. Tunggu Pak Lang dengan mesin landak 9-barisnya nanti. Pada pendapat saya, perubahan bertunjangkan petani akan lebih cepat tersebar di kalangan petani lain. Go SRI Go..

Bagi Pak Tam dan saya, aspirasi kami pada peringkat awal ini agar penggunaan racun kimia dapat dikurangkan sebanyak yang boleh. Kita sudah jumpa solutionnya dengan penggunaan produk SRI (topik ini perlukan satu lagi posting yang berjela untuk diperbincangkan. InsyaAllah.. bila sampai masa nanti).

.
Video 2: Mesin Melandak dicuba sekali lagi di Stesen Parit 4, Sg Besar selepas ubahsuai (26 Okt, 2011)

Padi SRI Selangor : Mesin Melandak Rahman Mark I  (September, 2011)

Padi SRI Selangor : Saudara Mokhtar Menceritakan Pengalamannya Mengguna Mesin Landak

Padi SRI Selangor : Saudara Mokhtar Menceritakan Pengalamannya Mengguna Mesin Landak

Jika para rakan tani diberi peluang merekacipta mesin yang diperlukan, sudah tentunya akan menjadi sesuatu yang praktikal dan terus boleh diguna. Lihatlah mesin melandak Rahman Mark I yang diilhamkan oleh Encik Abdul Rahman Yahya dari Parit 9, Sg Leman, Selangor. Go SRI GO… Suara latar yang kedengaran adalah suara rakan-rakan dari Brunei yang bernasib baik ketemu mesin sedang bekerja. InsyaAllah.. tak lama lagi saudara Ismat akan hantar gambar mesin melandak di Brunei pulak. InsyaAllah…

Terkini:  Sebuah lagi mesin melandak 8-baris dalam proses pembuatan. Dengarnya, beberapa orang kampung telah membuat tempahan agar sawah mereka juga dilandak. Mereka teruja melihat pertumbuhan padi Encik Mokhtar (yang melandak padi dalam video ini). InsyaAllah, SRI akan bertapak dengan kekuatan petani setempat, dan juga daripada bukti-bukti kebaikan yang dibawa oleh SRI kepada kaum petani. Yaa Rabb.. bantulah kami ini untuk menyampaikan berita gembira kepada seramai petani yang terdaya oleh kami, Ya Allah.. Amin..

Padi SRI Tunjong : Suatu Perjalanan Dalam Mencari Mesin Melandak (9 Jun, 2011)

 

Rakan-rakan dari Unit Kejenteraan Jabatan Pertanian, Tg Karang, Selangor serta Pak Tam dan saya pergi ke Tunjong, Kelantan dalam pencarian mesin menanam padi jenis parachute. Tetapi apa yang kami jumpa juga adalah mesin melandak yang mempunyai potensi mengatasi masalah penanam padi SRI sekarang. Yes! We definitely can….

Padi SRI : Mekanisasi Yang Diperlukan

Saya dalam perjalanan mencari pokok padi SRI yang ‘beranak’ lebih daripada 100 anak dari satu benih yang ditanam. Sementara itu, lihatlah mesin yang bakal menukarkan wajah industri padi kearah pengeluaran beras mesra alam (perkataan organik sudah terlalu spesifik and dikongkong penggunaannya :) My Humble Opinion)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers