Padi SRI Lovely : Hari Menuai Bersejarah – Tuaian SRI Pertama di Kedah  18 Julai, 2011

Padi SRI lovely : The First SRI Padi Harvest In Kedah oleh Tuan Haji Marzuki Mat Zain

Padi SRI Lovely : The First SRI Padi Harvest In Kedah by Tuan Haji Marzuki Mat Zain, KEDA

Official sudah. Namanya adalah SRI Lovely. Indah, syahdu, jitu dan menusuk hati.

Kami sampai ke SRI Lovely sebelum maghrib Ahad, 17 Julai, 2011. SRI Lovely tetap cantik dan menawan. Kami diberitahu pada pagi Isnin, 18 Julai, pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus ‘Komponen Hasil’.

Pagi Isnin dimulakan dengan makan pulut durian dan pulut ikan kering. Aduh.. sedapnya hingga hampir tak sedar pegawai-pegawai Jabatan Pertanian sudah tiba. Tontonlah video hari bersejarah itu.

SRI Lovely menyediakan latihan hands-on untuk pembuatan MOL, penanaman padi kaedah SRI, kursus motivasi, dan lain-lain. Jika anda berminat, sila hubungi:

Tuan Haji Marzuki Mat Zain, KEDA

Kapt (B) Zakaria Kamantasha (013-464-3935)

Padi SRI LOVE – Lintang Organic Valley Enchantment (Video 2)

Padi SRI LOVE - Kegembiraan Bersinar Dimata

Padi SRI LOVE - Kegembiraan Bersinar Dimata

Tak sabar saya nak berkongsi keseronokan dan ketenangan persekitaran Padi SRI LOVE. Sekarang pukul 4.15 pagi, tapi hati masih menyanyikan lagu P. Ramlee ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’. My tribute to Padi SRI LOVE.

“Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan”

.

Padi SRI LOVE – Lintang Organic Valley Enchantment (Video 1)

Padi SRI LOVE - Bendang Yang Terbentang Indah

Padi SRI LOVE - Bendang Yang Terbentang Indah

‘Kami nak cadang guna nama Lintang Organic Valley sebagai nama rasmi,’ kata Tuan Haji Rohazey Idris, Bendahari Koperasi Agro Belantik Sdn Bhd bila ditanya mengenai perkara itu pada pagi 6 Jun, 2011 .

‘Bagus tu,’ fikir saya.

Pelbagai perkara yang kami bincangkan termasuk cadangan bagaimana untuk mengkomersilkan ‘LOVE’ – Lintang Organic Valley, atau pun Lembah Organik Lintang. Kami bincangkan pasal konsep, tawaran aktiviti, dan harga. Cadangan ini akan dibawa kepada pihak koperasi untuk dibincang dan mendapatkan keputusan.

Di bawah ini adalah video yang menunjukkan keindahan dan keunikan LOVE.

Padi SRI : Belantek, Sik, Kedah

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Dalam pencarian pokok padi yang beranak 100, saya membuat perkiraan purata anak dalam 70an. Itu mungkin cara mengira yang berlainan. Walaubagimana pun, apa yang saya belajar daripada lawatan kali ini adalah amat berharga.

Selalunya, bagi pokok padi yang ditanam secara SRI bagi kali pertama, untuk mendapat 40-50 anak adalah satu pencapaian yang amat baik. Untuk mendapat dalam 70an bilangan anak padi dari sebutir benih, ‘is par excellence’, tambah lagi dengan keadaan tanah yang telah kehilangan topsoil sebegini. Yang tinggal hanya sub-soil yang amat memerlukan pemulihan dengan tambahan bahan organik yang banyak. bersambung ……..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers