Padi SRI LOVE – Lintang Organic Valley Enchantment (Video 2)

Padi SRI LOVE - Kegembiraan Bersinar Dimata

Padi SRI LOVE - Kegembiraan Bersinar Dimata

Tak sabar saya nak berkongsi keseronokan dan ketenangan persekitaran Padi SRI LOVE. Sekarang pukul 4.15 pagi, tapi hati masih menyanyikan lagu P. Ramlee ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’. My tribute to Padi SRI LOVE.

“Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan”

.

Padi SRI Belantek : Bunyi Nyanyian Hutan Di Waktu Subuh

Kalau anda ada membaca post saya bertarikh February 20, 2011 yang lalu, tentu sekali anda berminat mengetahui bunyi yang didengari oleh alam yang ditepi hutan. Klik link ini Padi SRI : Peranan Bunyi Cengkerik Terhadap Tumbuhan untuk membaca post yang berkenaan.

Inilah rupa stomata (dibesarkan 1500 kali) yang kedudukannya adalah di permukaan bawah daun padi. Maklumat dari http://www.corbis.co.in.

Stomata Pada Permukaan Bawah Daun Padi

Stomata Pada Permukaan Bawah Daun Padi

Padi SRI : Belantek, Sik, Kedah

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Dalam pencarian pokok padi yang beranak 100, saya membuat perkiraan purata anak dalam 70an. Itu mungkin cara mengira yang berlainan. Walaubagimana pun, apa yang saya belajar daripada lawatan kali ini adalah amat berharga.

Selalunya, bagi pokok padi yang ditanam secara SRI bagi kali pertama, untuk mendapat 40-50 anak adalah satu pencapaian yang amat baik. Untuk mendapat dalam 70an bilangan anak padi dari sebutir benih, ‘is par excellence’, tambah lagi dengan keadaan tanah yang telah kehilangan topsoil sebegini. Yang tinggal hanya sub-soil yang amat memerlukan pemulihan dengan tambahan bahan organik yang banyak. bersambung ……..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers