Padi SRI 2 : Kawalan Biologi Tikus oleh Burung Pungguk (Tyto alba)

Kotak Sarang Burung Pungguk Jelapang

Kotak Sarang Burung Pungguk Jelapang

Kalau kita menaiki kenderaan mengelilingi kawasan padi Barat Laut Selangor, kita akan berjumpa dengan rumah-rumah kecil terletak di atas tiang setinggi lebihkurang 10 kaki. Ini adalah kotak sarang burung pungguk jelapang. Selepas kotak sarang ini dipacakkan, selalunya dalam 50-70 hari burung pungguk akan datang menghuninya.

Burung Pungguk Jelapang Yang Dewasa

Burung Pungguk Jelapang Yang Dewasa

Burung pungguk ini fungsinya adalah untuk mengawal populasi tikus di kawasan padi. Burung ini paling suka makan tikus. Seekor burung pungguk boleh memakan 3 ekor tikus dewasa setiap malam. Yang paling digemarinya adalah tikus bersaiz sederhana iaitu dalam 50-80 g. Jika tikus besar yang melebihi berat 150 g, ia makan bahagian kepala sahaja.

Bangkai Tikus Yang diMakan Kepalanya

Bangkai Tikus Yang diMakan Kepalanya

Burung pungguk mempunyai lingkaran penerbangan dalam 40 hektar. Oleh kerana burung pungguk memerlu tempat untuk dia bertenggek, 4 kayu ‘T’ yang tingginya 10 kaki perlu dipacakkan disawah. Ia memerlukan ketinggian 10 kaki untuk terbang dan menangkap tikus. Kalau kayu ‘T’ rendah, burung pungguk mungkin tak sempat kembangkan sayap, terus jatuh ketanah. Atau pun dari ketinggian 10 kaki, burung pungguk dapat melihat kawasan yang lebih luas dan ‘swoop down’ untuk menangkap tikus.

Jika berminat nak buat rumah pungguk, sila lihat pelan ini. Jika berminat jenis-jenis lain, sila buat carian ‘barn owl nestbox plans’ di internet.

Pelan Kotak Sarang Burung Pungguk Jelapang

Pelan Kotak Sarang Burung Pungguk Jelapang

Atau pun jika ingin bersopan santun dalam perhubungan kita dengan tikus, bolehlah cuba cara yang dibuat di Bali,Indonesia seperti gambar ini. :-D

Tikus di Larang Masuk Sawah Secara Sopan

Tikus di Larang Masuk Sawah Secara Sopan