Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong Sudah Terbit!

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Hari ini kami bertolak lambat sikit dari rumah untuk ke kawasan padi. Sepanjang jalan perbualan kami adalah mencari strategi yang terbaik untuk perbincangan dengan beberapa petani Sawah Sempadan yang ingin menanam padi musim 2/2011 ini dengan mengguna cara SRI.

Saya kata kepada Zip, ‘Jangan buat apa-apa keputusan selagi tidak mendapat penerangan yang lengkap daripada saya.’  Zip setuju dan terus memanggil perbincangan pada petang ini bermula jam 3. Saya juga menghubungi Fuad agar bersama dalam perbincangan.

Tapi hati teringin nak jengok padi SRI di Parit 4, Sg Burong. Kami lalu sahaja dulu untuk ke Sg Leman. Saya memanjangkan tengkuk untuk melihat tetapi hanya nampak semacam hamparan kekuningan.

Dalam perjalanan ke Sawah Sempadan, kami singgah di Parit 4.  Jantung saya seolah terhenti!  Alangkah cantiknya padi yang terbit sambil memberi harapan penghasilan yang banyak. Bayangkan ditanam hanya satu anak benih. Tidak sebutir baja kimia, tidak setitik racun pesticida. Tengok gambar dibawah dan nikmatilah rahmat kebesaran Allah swt.

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Ini penanaman SRI untuk kali pertama di tanah ini. Tanah nya mengandungi liat yang agak tinggi. Kalau tengokkan rupa anak benih padi yang berumur 12 hari, amat merisaukan. Setiap kali saya dan Pak Tam turun ke Parit 4, sering kami bertembung dengan orang-orang tempatan yang singgah untuk melihat tanaman apa ditanam ditanah itu, sebab jika dipandang dari jalanraya, macam belum bertanam sawah itu. Pada 30 hari pertama, anak padi nampak tidak memberansangkan lansung. Walau pun telah sedia maklum, tetapi kerisauan melanda jiwa juga. Ini nak kena pastikan berapa kah hasil yang akan dituai. Rasa tak sabar menunggu! Tik-Tok, Tik-Tok.. Jam berbunyi……  :)

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Petangnya kami berjumpa dengan beberapa rakan tani Sawah Sempadan yang berminat hendak menanam padi cara SRI pada musim 2/2011 ini yang akan bermula 1 Julai, 2011. Ianya adalah perjumpaan yang penuh interaksi dan pertanyaan. Saya suka perbincangan yang begini kerana ini memberikan petunjuk bahawa rakan tani sangat berminat dan tidak gentar mencuba sesuatu yang baru. Perbincangan diakhiri dengan 3 orang bertekad untuk mencuba sejumlah  keluasan 4 ekar. Saudara Fuad dari Parit 2 Sg Burong cuma tersenyum kerana dia telah pun mengambil keputusan untuk buat seluas 2 ekar.  Go, Padi SRI Selangor Go, Go, Go..  No turning back!

Gambar-gambar semasa perbincangan di Pejabat Pertanian, Sawah Sempadan.

Padi SRI Selangor : Perbincangan Dengan Rakan Tani Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Perbincangan Dengan Rakan Tani Sawah Sempadan

Padi SRI : Peranan Bunyi Cengkerik Terhadap Tumbuhan

Bolehkah suara cengkerik membantu pertumbuhan pokok? Saya pernah mendengar perkara ini semasa temuduga wartawan Malaysian Insider dengan usahawan-usahawan muda padi dari Sawah Sempadan seperti yang dilaporkan dalam “The Pride of Selangor” oleh Sheridan Mahavera. Ini adalah petikan daripada laporan tersebut:

“And these three are already doing that; Zainuddin, Zaidun and Burhanuddin are now experimenting with sound waves to get fatter crops.

You heard that right. They plan to broadcast uniquely patterned sounds that they believe will encourage the padi plant to absorb more nutrients and grow bigger.

It’s been done with other crops but they don’t really know if it’ll work with padi.

“But hey man, it’s worth a try,” quips Zainuddin, as if to paraphrase that entrepreneurial zeal that the country has long been searching for in its padi farmers.”

Alih bahasa:

“Dan mereka yang bertiga ini, iaitu Zainuddin, Zaidun dan Burhanuddin sekarang ini ingin cuba mengguna bunyi-bunyian untuk menyuburkan tanaman.

Betul apa yang anda dengar. Mereka merancang untuk menyebarkan bunyi suara yang unik yang mereka percaya mengupayakan pokok padi menyerap lebih banyak makanan dan mempercepatkan pertumbuhan.

Ia telah pun dilakukan terhadap tanaman lain, tetapi mereka tidak tahu sama ada ia akan berkesan terhadap padi atau tidak.

‘Hey saudara, tidak rugi mencuba,’ ujar Zainuddin, dengan menyerlah semangat keusahawanan yang dicari-cari oleh negara ini dari kalangan pesawahnya.”

Di seminar ini sekali lagi saya mendengar tentang perkara ini. Tonton kedua-kedua video ini dan terserah sama ada anda percaya atau tidak. :)

PADI SRI : Tertera satu penulisan yang dibentangkan oleh Azmir Firdaus pada 5 Mei, 2009 untuk tatapan semasa. Sila titip di sini http://pertanianselangor.wordpress.com/2009/05/05/system-of-rice-intensification-sri-dan-penanaman-menggunakan-mesin-transplanter/ sebagai bacaan awal.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers