System 0f Rice Intensification : Hasil Padi SRI Tertinggi Di Dunia

Padi SRI Hasil Tinggi

Padi SRI Hasil Tinggi (Klik untuk baca)

UPDATE:  Saintis dari IRRI pergi ke Bihar untuk mengkaji pencapaian petani ini. Sila baca di sini.

Saya jumpa berita ini dari akhbar online The Philippine Star bertarikh 18 Dis, 2011. Secara ringkasnya ia melaporkan seorang petani, Sumant Kumar dari Bihar, India menggunakan cara SRI dan mendapat hasil 22.4 tan/hektar pada November 2011 lalu.

Disamping itu, petani yang berjiran Krishna Kumar mendapat hasil 22 tan, Nitish Kumar 19.6, Ramanand Singh 19.2, dan Sanjay Kumar 19 tan. Semua mereka menggunakan kaedah SRI. Juga tidak diketahui sama ada hasil padi SRI yang dilaporkan di India itu  adalah SRI organik, separa organik atau inorganik.

Semasa saya membaca berita itu, terlintas diminda saya tentang kesahihan berita ini. Ada mungkinkah padi boleh memberi hasil sebegitu tinggi? Jika ianya betul, bolehkah kita di Selangor ini mencapai hasil sedemikian?

Lama juga saya memikirkan perkara ini. Di Tunjong, Kelantan penanaman padi SRI organik dibuat dengan tidak menggunakan langsung bahan agrokimia, baik baja mau pun racun. Juga tidak memerlukan baja dan bahan kawalan perosak organik yang banyak.

Di Selangor telah dicuba oleh Encik Toif dari Blok W, Sawah Sempadan cara 100% SRI organik dan mendapat hasil 7.2 tan/hektar.  Beliau menjual padi kepada pengilang swasta dengan harga RM1,400/tan. Bayangkan pengilang tersebut menjadikan beras beliau sebagai beras organik yang dijual dengan harga paling minima RM6/kg. Banyak duit tu..

Pada saya, siapa yang tidak mahu hasil yang tinggi seperti yang dilaporkan di Bihar, India itu. Hanya kita di Selangor yang ingin mencuba sahaja yang akan dapat membuktikan kebenarannya. Buat masa ini, sementara menunggu adanya mesin menanam satu anak benih satu point, marilah kita gunakan prinsip SRI dalam tanaman padi konvensional dulu. InsyaAllah, akan ada insan yang berhati cekal, dan penuh keyakinan yang akan mencuba untuk mencapai hasil yang melangkau 12 tan/hektar.

Walau apa pun, semasa Seminar Mekanisasi Padi SRI, seorang pegawai kanan BERNAS menyatakan bahawa pihak BERNAS ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 3,000 tan padi SRI organik semusim dengan harga diantara RM1400 – RM1500 se tan (yang ni tak sempat dirakam). Duh.. apa lagi yang ditunggu? Ayuh.. jom kita belajar cara SRI dan bagaimana nak dapat padi yang layak digelar padi SRI organik. Tunggu berita terkini bulan Januari 2012 nanti.

Padi SRI 2 : Lawatan Kerja BERNAS

Sehari kami bersama pegawai-pegawai dari BERNAS di Sg Leman, Selangor. Kagum saya melihat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua mereka, dari pagi hingga petang. Berbincang tak kira di mana – tepi jalan, bawah pokok, tengah sawah, restoran. Turun ke sawah menanam padi SRI, kemudian membuat kerja-kerja melandak.

Tahniah saya ucapkan kepada Encik Mohd Rushdan Yusof, Encik Abdul Lateef Omar, serta setiap pegawai yang sudi berkampong sehari suntuk di Sg Leman. Insyaallah, suatu hari nanti mungkin BERNAS membeli padi organik. Bertuahlah petani-petani yang belajar menanam cara SRI sekarang ini. Satu cara penanaman padi alternatif yang diharapkan menjadi pilihan pesawah demi keselamatan dan kesihatan mereka. Hanya masa akan menentukan. Amin.

Saya dah janji akan upload gambar-gambar ‘high-action visit’ hari ini. Semoga terhibur….

Tengok sendiri video ni, macam pertandingan lumba F1 Sg Leman! :-D

Lawatan Kerja BERNAS pada hari kedua merangkumi taklimat mengenai Program Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor, berbincang dengan pegawai-pegawai kawasan, serta bertemu usahawan-usahawan muda tani. Pada waktu tengahari lawatan dibuat untuk melihat kerja-kerja membuat prototaip mesin menggembur tanah. Cadangan dari pihak BERNAS adalah supaya mesin yang sama juga digunakan untuk membuat garisan untuk menanam. Pengalaman mereka yang menarik gelong pembaris memberi maklumbalas bahawa kerja menarik gelung tersebut adalah sangat memenatkan. Ada yang menyatakan sampai sakit dada. Kami melihat ini sebagai satu feedback yang sangat berguna dan ‘very relevant’. Kerja membuat garisan memang patut dipermudahkan.

PADI SRI : Oleh kerana bertolak agak lewat, kami telah sampai ke Kota Bharu pada lewat malam, hampir jam sebelas. Hotel di tengah bandar kebanyakannya penuh pada waktu itu. Mujurlah dapat menginap di sebuah hotel yang mempunyai sebuah bilik ‘family’ ditingkat atas sekali.

Esoknya kami menghubungi Encik Kamaruzzaman daripada pejabat PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan). Kami mengikuti kenderaan beliau hingga ke sebuah kawasan yang agak tersorok daripada pandangan.

Mengimbas kembali, sesampai kami di kawasan penanaman padi SRI di Tunjong, Kelantan, terasa sebagai ada suatu kelainan. Setelah melalui kawasan yang semak samun dan kawasan padi yang ditumbuhi rumpai dan padi batat, mata cepat menangkap kawasan sawah yang cantik dipandang mata. Seolah memasuki kawasan yang terasing dari sekelilingnya. Atau saya tiba-tiba berjiwa puitis. Apa pun, ada lintasan puisi yang bermula dari mata meluncur ke hati apabila tiba ditempat ini.

taman organik tunjong, padi organik, kelantan, tunjong, beras organik, organik, beras, padi sri

Papan tanda Taman Organik Tunjong menyambut kedatangan kami

Kawasan yang kami sampai ini bersebelahan dengan kawasan KADA. Kami disambut oleh itik-itik yang baru lepas mencari makan di sawah yang telah siap dituai.

Pak Aep Saepudin

Pemandangan di sawah di Tunjong, Kelantan.

Tandatanya mengenai padi SRI masih terngiang-ngiang di kepala. Kami lihat disekeliling, ada sebuah kawasan padi yang luasnya lebihkurang 10 ekar bersih digenangi air. Di sebelahnya adalah deretan bangunan kedai 3-tingkat. Kawasan sawah yang terhad, diiringi bunyi itik-itik, dan hembusan angin yang perlahan, membuat saya berasa seperti berada disuatu tempat yang asing.

padi organik, organic rice, padi organik, pad, organik, organic, tunjong, kelantan, tunjung

Sawah Tenang Berjirankan Pembangunan

Sayangnya, semasa lawatan, mereka sudah lepas menuai. Jadi tiada apa yang boleh dilihat. Sayugia, kami terus mencari tempat duduk dibawah sebuah bangunan beratap rumbia. Sejuk dan berangin.

Sejenak kemudian, datang seorang lelaki yang diperkenalkan kepada kami sebagai Pak Aep, nama penuhnya Aep Saepudin berusia empat-puluhan. Beliau dikatakan datang daripada sebuah kawasan di Jawa Barat yang bernama Tasikmalaya. Seorang pejuang makanan organik yang gigih dan tegas.

Setelah wadah perkenalan, soalan pertama kami adalah, “Pak Aep, apa itu SRI?”. Penjelasan yang panjang lebar yang diberi amat menarik perhatian kami berdua. Setelah memulakan kerja kami dikawasan yang ada bertanam padi sejak lewat tahun ’70an, apa yang kami dengar dari mulut Pak Aep menguji pemahaman tanaman padi secara konvensyenel.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers