Padi SRI Lovely : Hari Menuai Bersejarah – Tuaian SRI Pertama di Kedah  18 Julai, 2011

Padi SRI lovely : The First SRI Padi Harvest In Kedah oleh Tuan Haji Marzuki Mat Zain

Padi SRI Lovely : The First SRI Padi Harvest In Kedah by Tuan Haji Marzuki Mat Zain, KEDA

Official sudah. Namanya adalah SRI Lovely. Indah, syahdu, jitu dan menusuk hati.

Kami sampai ke SRI Lovely sebelum maghrib Ahad, 17 Julai, 2011. SRI Lovely tetap cantik dan menawan. Kami diberitahu pada pagi Isnin, 18 Julai, pihak Jabatan Pertanian akan mengadakan kursus ‘Komponen Hasil’.

Pagi Isnin dimulakan dengan makan pulut durian dan pulut ikan kering. Aduh.. sedapnya hingga hampir tak sedar pegawai-pegawai Jabatan Pertanian sudah tiba. Tontonlah video hari bersejarah itu.

SRI Lovely menyediakan latihan hands-on untuk pembuatan MOL, penanaman padi kaedah SRI, kursus motivasi, dan lain-lain. Jika anda berminat, sila hubungi:

Tuan Haji Marzuki Mat Zain, KEDA

Kapt (B) Zakaria Kamantasha (013-464-3935)

Padi SRI : Gambar-gambar Baru

Saya telah upload gambar-gambar semasa. Klik di link yang di bawah untuk melihat koleksi gambar tersebut.

1.  Felcra – Training of Trainers – Pertanian Ekologi (18-22 Apr, 2011)

2.  Felcra Visit to Bandung (27-30 Apr, 2011)

3.  Bernas – Field Visit ke Selangor, dan Penanaman SRI di Sg Baru, Kedah (Mac-Mei, 2011)

4. Brunei  17-20 April, 2011

5. Belantek, Sik, Kedah (April-Mei, 2011)

Selamat menjamu mata dan mengimbau kenangan.  :)

Padi SRI Belantek : Bunyi Nyanyian Hutan Di Waktu Subuh

Kalau anda ada membaca post saya bertarikh February 20, 2011 yang lalu, tentu sekali anda berminat mengetahui bunyi yang didengari oleh alam yang ditepi hutan. Klik link ini Padi SRI : Peranan Bunyi Cengkerik Terhadap Tumbuhan untuk membaca post yang berkenaan.

Inilah rupa stomata (dibesarkan 1500 kali) yang kedudukannya adalah di permukaan bawah daun padi. Maklumat dari http://www.corbis.co.in.

Stomata Pada Permukaan Bawah Daun Padi

Stomata Pada Permukaan Bawah Daun Padi

Padi SRI : Belantek, Sik, Kedah

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Padi SRI Belantek: Tanah Berpasir Mendedahkan Akar Padi

Dalam pencarian pokok padi yang beranak 100, saya membuat perkiraan purata anak dalam 70an. Itu mungkin cara mengira yang berlainan. Walaubagimana pun, apa yang saya belajar daripada lawatan kali ini adalah amat berharga.

Selalunya, bagi pokok padi yang ditanam secara SRI bagi kali pertama, untuk mendapat 40-50 anak adalah satu pencapaian yang amat baik. Untuk mendapat dalam 70an bilangan anak padi dari sebutir benih, ‘is par excellence’, tambah lagi dengan keadaan tanah yang telah kehilangan topsoil sebegini. Yang tinggal hanya sub-soil yang amat memerlukan pemulihan dengan tambahan bahan organik yang banyak. bersambung ……..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers