MESIN MELANDAK untuk SRI – 30 Julai, 2011

Video yang sepatutnya keluar kat persidangan, tapi tak sebab bertukar komputer, dan mungkin tak sama version Powerpoint. Walaubagaimana pun, lihatlah bagaimana kita boleh menghalakan pembangunan mesin melandak bagi tujuan penanaman padi cara SRI. Mesin 2-barisan itu ada dijual sedemikian. Kalau kita lihat mesin 7-barisan itu, mesin yang digunakan adalah sama, cuma diubahsuai roda melandaknya menjadi 7. Tetapi ini hanya boleh berlaku jika kita memastikan kita tanam sangat lurus. Jika tidak, mesin ini tidak boleh digunakan kerana roda-landaknya akan terlanggar padi dan merosakkannya. Kalau padi kita tak lurus, guna saja yang 2 roda.

Gambar mesin landak yang mempunyai 11-barisan itu adalah peralatan yang di tarik oleh jentera penanam padi (transplanter). Oleh itu, tidak mustahil satu hari nanti ada pihak swasta penanam padi menyediakan perkhidmatan menanam padi cara SRI, dan juga menawarkan khidmat melandak. Mimpi indah bagi Pak Tam dan Mak Tam untuk melihat hari tersebut. Ya Rabb, permudahkanlah… Amin..

——————————————————————————-
23 Jun, 2011 – Mesyuarat Pembangunan Mekanisasi Bagi Padi SRI Selangor

Padi SRI Selangor : Perbincangan Keperluan Mekanisasi SRI

Padi SRI Selangor : Perbincangan Keperluan Mekanisasi SRI

Saya telah menghadiri mesyuarat untuk membincangkan keperluan pembangunan mekanisasi bagi penanaman padi secara SRI. Buat masa sekarang, keperluan yang kritikal adalah (iaitu untuk musim 2/2011 yang akan bermula di Sawah Sempadan 1 Julai, 2011):

1. Alat gelung penanda petak digunakan untuk menggaris petak 25 cm x 25 cm dipermukaan tanah sawah. (2 unit). Ini akan digunakan pada minggu pertama bulan Julai, 2011.

2. Mesin melandak yang sesuai digunakan untuk menggembur tanah dan membuang rumput pada peringkat padi 10 hari dan 20 hari selepas tanam. Kerja-kerja melandak akan dibuat pada minggu kedua Julai, 2011. (Sebagai back-up: Alat melandak kayu sebanyak 10 buah akan diuruskan segera pembuatannya oleh pihak unit kejenteraan dan dibiayai oleh pihak MBI). Mesin melandak yang begini amat perlu bagi penerimaan petani terhadap kaedah SRI ini.

3. Mesin melandak bagi tanaman padi yang 30 hari dan 40 hari lepas tanam perlu lebih tinggi ‘clearance’nya. Di Jepun, mesin bagi tujuan ini telah ada digunakan, iaitu dengan menyediakan peralatan yang sesuai di tarik oleh jentera mesin menanam seperti dalam video di bawah.

4. Mesin menanam atau transplanter yang akan dikaji dan diuji adalah yang mampu membuat perkara seperti ini:

  • Tanam anak benih berumur 10-12 hari,
  • Tanam cetek, iaitu tidak lebih daripada 1 cm dalam,
  • Tanam mengikut jarak 25 cm antara baris dan 25 cm dalam baris,
  • Tanam paling tinggi bilangannya ialah 3, kalau boleh 1 anak benih sahaja, kerana itulah yang terbaik.

.
.

————————————————————————————————————————————————
18 Jun, 2011 – Menyediakan Petak Sawah Percubaan Jentera di PLKP, Tg Karang

Tiap kali nak buat percubaan mesin prototaip melandak, maka terpaksalah dibawa dengan pelbagai cara ke kawasan sawah. Selepas itu Talib dan team dapat idea untuk buat petak percubaan kat kawasan kosong (tempat pelatih belajar membajak).

Padi SRI Selangor : Talib Mengawasi Kerja Tanah Menyediakan Petak Sawah

Padi SRI Selangor : Talib Mengawasi Kerja Tanah Menyediakan Petak Sawah

Masa Pak Tam dan saya singgah nak tengok powered row-weeder yang baru dibeli, kami cari Talib. Rupanya dia sedang supervise penyediaan tanah untuk petak sawah percubaan. Luasnya adalah hampir 0.2 hektar, iaitu 22m lebar dan 90m panjang.

Pak Tam teruja kerana dapat sama-sama melihat cara untuk mewujudkan hardpan bagi petak sawah baru. Pengwujudan hardpan adalah mustahak bagi memastikan sawah berupaya menampung jentera pertanian terutama dalam keadaan sawah dimasukkan air. Jentera pertanian seperti traktor, transplanter dan jentuai dapat bekerja didalamnya tanpa bolos dan merosakkan tanah. Hardpan juga membantu menakung air di sawah.

Bestnya Lib! Lepas ni kita boleh juga try mesin menanam yang boleh tanam anak semai berumur 10 hari, dan tanam satu, serta tanam cetek. YES! Surely we can.

Padi SRI Selangor : Mewujudkan Hardpan Di Petak Sawah Percubaan PLKP, TK

Padi SRI Selangor : Mewujudkan Hardpan Di Petak Sawah Percubaan PLKP, TK

Powered Rotary-Weeder dari China telah sampai sebelum kami ke Tunjong, Kelantan tempoh hari tapi tak sempat tengok. Baru hari ni Talib tunjukkan. Oo-la-la. Dari pandang pertama, otak saya yang tak mereng ke mesin ni pun dah boleh pasti tambah 2 lagi alat penggembur (melandak), dah jadi 3-row. Yahoo.. bestnya..

Talib pulak buatkan lakaran atas lantai simen menunjukkan point untuk padi, dan lorong dicelah padi. Esh.. esh.. rasa macam tak sabar nak benda ni jadi mesin melandak 3-baris yang boleh diguna kat sawah.

Padi SRI Selangor :  Powered Rotary-Weeder Akan Jadi Mesin Melandak 3-Baris

Padi SRI Selangor : Powered Rotary-Weeder Akan Jadi Mesin Melandak 3-Baris

————————————————————————————————————————————————

Padi SRI Selangor : INOVASI

Padi SRI Selangor : Inovasi Mesin Menggembur Tanah

Padi SRI Selangor : Inovasi Mesin Menggembur Tanah

Ruang ini akan memaparkan pelbagai jenis inovasi yang dibuat dalam menjaya Padi SRI Selangor, sama ada jentera, pembuatan baja/penghindar perosak organik, dll.

16 Responses to “INOVASI”

  1. Michael Vaughan Says:

    Hello
    Very interesting. I would like to know more about technics and machinery. I am a rice grower in South America. Please let me know.
    Kind regards,
    Michael

    1. pertanianselangor Says:

      Are you doing SRI on rice?

  2. Syah Yazid Says:

    mak tam..dimana boleh saya dapatkan mesin melandak rahman max

    1. pertanianselangor Says:

      Yazid jadi rakan fb saya di facebook.com/noorazimah.taharim

  3. Chandeth Says:

    Hello SRI,

    I really need your product for my farm now but i don’t know how can i buy from you?

    PLEASE ADVISE ME BACK URGENT.

    1. pertanianselangor Says:

      Hello Chandeth, are you in Malaysia? If you are, what crop are you growing, how big an area, and where are you located?

  4. mredza Says:

    minta respon di mana boleh saya membeli mesin meratakan tanah dua roda dan brapa harganya?

    1. pertanianselangor Says:

      Harap maaf. Tak de info tersebut.

  5. Bob Black Says:

    To whom it may concern:
    Please send me an email with the name of the manufacturer that offers the 11 row rice cultivator. Also, what is the name of the manufacturer of the small tractor that pulls the 11 row rice cultivator. Thank you for your assistance.
    My email address is: bobblack111@yahoo.com
    Thank you,
    Bob Black

  6. Venci Kurciski Says:

    I am interested in getting more details on the 3,7 and 11 rice weed machine. Please send the info to: drenexusa@yahoo.com.
    Sincerely,
    Venci Kurciski

  7. Ariff Says:

    Assalamualaikum..saya mencari teknologi tuaian padi yang membolehkan ianya bekerja atas permukaan tanah jerlus. Harap sesiapa ada info pasal teknologi yang dimaksudkan, share dengan saya k..

    1. pertanianselangor Says:

      Wkslm. Saya nak jawab pun saya tak de maklumat. Kalau ada sesiapa yang arif mengenai hal ini, harap tolong beri pencerahan.

  8. Shuhaimi Says:

    Assalamualaikum, Mak Tam,,nak tanya sikit,,mana boleh beli Powered Rotary-Weeder yg boleh di attach kat mesin rumput spt gambar di atas..Kami kat Kelantan payah nak jumpa benda ni..brp harganya?

    1. pertanianselangor Says:

      Waalaikumsalam. Nanti saya dapatkan info nya. Jadilah rakan fb saya, senang lagi berhubung dan berbincang. :)

  9. Lucy Says:

    Very interesting! I hope I can see some of the equipment on your website in person at the upcoming National Conference on SRI

    1. pertanianselangor Says:

      I am so looking forward to meet you. I hope you will have enough time to visit the padi area in Selangor. I want to bring you around to see all the innovations my engineering friends have been working on. I am lucky to have a very dedicated and focused group of individuals looking into the various aspects to help make SRI a success in Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 54 other followers