PROGRAM PENINGKATAN HASIL PADI


Jabatan Pertanian Selangor dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan menjalankan satu penyelidikan “Cabaran dan Strategi bagi Meningkatkan Pengeluaran Padi di Kalangan Petani Barat Laut Selangor”. Beberapa agensi lain turut terlibat dalam kajian ini termasuk IADA Barat Laut Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, AGRO Bank, MARDI, LPP dan PPK.

Tujuan kajian

  1. Mengenalpasti amalan pertanian yang diamalkan oleh petani dan hasilnya.
  2. Mengenalpasti masalah, halangan dan kaedah untuk meningkatkan hasil padi.
  3. Membuat strategi bagi meningkatkan pengeluaran padi dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

Objektif kajian
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan pertanian yang diamalkan oleh petani di Barat Laut Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan, menerangkan, menganalisa dan mengetengahkan idea bagaimana petani dapat memperbaiki amalan mereka untuk meningkatkan pengeluaran padi mereka.

Pencapaian yang dijangka
Road Map bagi Good Agricultural Practice; satu bentuk empirical-based production model (kit, modul dan program latihan) dapat dibangunkan untuk dijadikan sebagai bimbingan kepada petani, pegawai pertanian, penyelidik, pembuat polisi dan ahli akedemik bagi melatih petani membangunkan diri mereka sebagai pengusaha dan usahawan yang profesional.

Pada 19 Mac 2009, YB Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Tuan Yaakop bin Safari telah melakukan lawatan ke tapak Projek Perintis Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor.

Taklimat dan perbincangan telah diadakan di Balai Raya, Ban 2, Tali air 10, Pasir Panjang pada sebelah pagi dan Pejabat PKP Sawah Sempadan, Jalan Tiram, Tanjung Karang pada sebelah petang.

img_2105

img_2111

dscn5881

dscn5900

dscn5902

dscn5905

Kredit gambar
Blog Padi Kuala Selangor Utara
Blog Padi Sabak Bernam Selatan

1. Sekinchan
a. Sikap petani di Sekinchan perlu dicontohi – bertani merupakan jiwa raganya. Petani di Sekinchan sangat menghayati pertanian.
b. Sifat padi yang tumbuh di kawasan Sekinchan. Tanah yang sesuai untuk penanaman padi.
c. 95% kawasan Sekinchan bertanam dengan kaedah transplanting.

2. Sungai Leman
a. Sungai Leman sangat dekat dengan Sekinchan namun dari segi hasil Sungai Leman agak ketinggalan. Sg. Leman terbahagi kepada dua bahagian; tanah gambut (di Sg. Leman Timur) dan hasilnya agak rendah. Tanah di situ perlu dirawat dengan zeolite dan kapur. Jangkaan menuai pada minggu ini.
b. Petani muda di Sg. Leman mampu untuk mengeluarkan hasil padi yang tinggi namun bagi petani yang berusia hasilnya tidak begitu memberansangkan. Petani muda banyak yang menyewa dan kebanyakannya menyewa lebih dari 5 lot.
c. Masalah padi angin terkawal dan banyak usaha menanam menggunakan mesin transplanter (35% ditanam dengan kaedah transplanter).

3. Pasir Panjang (Timur)
a. Kawasan Pasir Panjang terdapat 10 lot luar skim di Parit 12 dimana JPS telah membina sistem pam dan palong menggunakan UPVC. Namun pam ini masih belum berfungsi dengan sempurna. Rumpai dan padi angin banyak kerana kekurangan air.
b. Ban 1 hingga ban 2 terdapat kawasan seperti kawah, dimana sekiranya air berlebihan, kawasan ini akan banjir. Masalah ini timbul setiap musim. Terdapat 50 lot akan terjejas. JPS telah pun membekalkan pam bagi air masuk dan air keluar. Namun di peringkat kawasan masih belum dilaksanakan.
c. Kawasan ban 3 (gambut) penyakit karah dan bintik perang sering berlaku. Program pengapuran perlu dilakukan secepat mungkin.
d. Taliair 12 dan parit 12 serangan tikus sering berlaku.

4. Sg Burong
a. Luar skim ada 30 lot yang tiada sistem pengairan sejak 30 tahun lalu. Blok M dan Blok N mempunyai potensi hasil yang baik kerana sikap petani. Blok N1 mencapai hasil 9.12 tan/ha (kasar).
b. Blok W,G mencapai hasil 7.3 tan/ha (kasar) hasil daripada program pengapuran. Dua kali program pengapuran telah dijalankan di sini.
c. Blok A dan G sering behadapan dengan masalah air. Rumpai dan padi angin banyak.
d. Masalah penyakit karah di kawasan gambut (blok V, W, X dan Y).

5. Kamal
a. Kekurangan air di kawasan tanaman padi sangat kritikal. Di Sungai Burong, penyambung palong banyak kebocoran. Kerja baik pulih masih belum dijalankan.
b. Masalah keasidan tanah – jika boleh pengapuran dilaksanakan setiap musim.
c. Petani yang berjaya mempunyai sikap yang positif terhadap tanaman yang diusahakan. Petani yang berjaya sanggup melabur bagi mendapatkan input baja dan racun. Baja dan racun subsidi tidak mencukupi.

6. Kashim
a. Pada tahun 2006, seluruh kawasan Sawah Sempadan diserang penyakit bintik perang. Serangan bintik perang berlaku apabila bekalan air dihentikan. Bekalan air dibekalkan 90 hari sahaja walaupun sepatutnya 105 hari. Hasil padi di Sawah Sempadan tidak pernah melebihi 6 tan/ha.
b. Padi angin dan rumpai banyak berlaku disebabkan masalah air terutama selepas 40 HLT.

7. Razif
a. Sawah Sempadan mengalami masalah serangan penyakit. Rekabentuk palong U untuk tanaman cedung tidak lagi boleh digunakan.
b. Musim 1/006 hingga musim 1/2008 menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
c. Program pengapuran dan perataan tanah sedikit sebanyak membantu peningkatan hasil.
d. Musim 2/2006 hingga musim 2/2008 menunjukkan corak hasil yang turun naik.
e. Struktur Sawah Sempadan (topografi) di sesetengah kawasan menyebabkan masalah.
f. Sikap petani – petani yang menyertai skim benih mendapat hasil yang memberansangkan 8 hingga 9 tan/ha. Pelaburan yang baik dpat menjanjikan hasil yang baik.
g. Petak demo untuk tanaman secara transplanting perlu diwujudkan. Petak demo ini dapat menggalakkan petani untuk mengamalkan usaha yang baik untuk mengurangkan serangan padi angin dan meningkatkan hasil.
h. Pengapuran dapat memberikan pulangan hasil yang baik.
i. Kualiti baja juga memainkan peranan yang penting. Baja import lebih berkualiti.

8.Ismail Othman
a. Masalah air – untuk musim ini sahaja di Sg. Nipah (parit 13, 14) palong kering kontang. Air di main canal tidak sampai ke palong.
b. Kawasan Sekinchan telah menuai dan hasil paling tinggi direkodkan ialah 13.5 tan/lot. Hasil di Sekinchan tidak berbeza dari Musim 1 dan musim 2.
c. Hasil padi di Parit 7 dan 8 Sg Leman mampu menandingi Sekinchan.
d. Pasir Panjang terutama sekali Parit 11, Taliair 10 mempunyai hasil yang rendah.
e. Sungai Nipah Musim 1/2008 menunjukkan penigkatan >6 tan/ha.
f. Kawasan gambut (berhampiran main canal) mempunyai maslah serangan penyakit bintik perang.
g. Kawasan Sekinchan juga mempunyai kawasan tanah rendah. Jika laut pasang, kawasan yang rendah ini akan dinaiki air. Jadi petani akan menanam awal atau dilewatkan sehingga air laut surut.
h. Sikap petani di Sekinchan – cara pengurusan sawah, selesai sahaja menuai petani akan menebas tunggul jerami dan dibakar. Andai kata tidak boleh ditebas, mereka akan meracun tunggul jerami. Tunggul jerami akan mati dan kering kemudian dibakar. Kerja-kerja dilakukan awal dan tanah akan terdedah kepada matahari dan proses pemulihan tanah boleh berlaku. Amalan ini dilakukan sejak dahulu lagi dan pH tanah di Sekinchan sangat sesuai untuk tanaman padi.
i. IADA BLS membekalkan zeolite bagi meningkatkan CEC tanah dan boleh bertahan lama dalam tanah. Zeolite boleh memegang unsur N dalam tanah dan membekalkan N secara konsisten kepada pokok padi. Kadar yang diberi ialah setengah tan per hektar. Zeolite mempunyai unsur Si yang tinggi yang dapat memberi ketahanan kepada pokok daripada serangan penyakit.

9. Shafie
a. Masalah air di palong – kos mengepam air dari parit buang (RM 200 untuk setiap kali pam). Petani perlu mengepam 3 kali.
b. Serangan siput gondang – blok E dan F ada dua lot terpaksa ditanam semula.
c. Pakej teknologi perlu dibuat sesuai untuk jenis tanah dan jenis padi (tanah gabut dan liat mempunyai keperluan air yang berbeza)
d. Kawasan padi semakin kecil – sawit, tanaman kontan ditanam dalam kawasan padi. Sawit menjadi perumah kepada perosak.

10. Rohaida
a. Masalah air sama seperti di Sg Burong 1 dan 2.
b. Masalah siput gondang di Blok C,D dan H.
c. Program pengapuran sepatutnya bermula minggu ini tetapi terpaksa ditunda seminggu kerana masalah cuaca.

11. Hirdawati
a. Masalah air di Sg Nipah.
b. Banyak petani tanam transplanting untuk benih.

12. Pak Abu
a. Masalah air – tiada bekalan, kurang bekalan atau lebih bekalan. Maslah palong – bocor, alignment lari. Kualiti air di kawasan Parit 8 hingga 13 mendapat air dari Rumah Pam Bagan Terap, jika sungai surut keladak masuk ke dalam palong. Parit 4 hingga Parit 8 berada dalam kawasan kawah, air sukar dikeluarkan dari sawah.
b. Tanah – pH dan kandungan nutrien.
c. Petani – petani yang berusia. Namun mereka tidak mahu menyewakan kepada pengusaha yang lebih produktif.
d. Baja – pengedaran baja tidak mengikut jadual (lewat).
e. Jentera – petani tidak berani untuk mengawal jentuai.
f. Ketua kampung tidak memainkan peranan dalam meningkatkan hasil. Ketua kampung perlu mempunyai peranan dan kuasa.
g. Perosak dan penyakit mempunyai kitaran serangan yang unik.
h. Baik pulih tanah menggunakan zeolite dan kompos cacing. Vermikompos mempunyai potensi untuk meningkatkan hasil dari 80 hingga 300%.

13. Haji Anuar
a. Pengamalan pakej teknologi terkini – sepatutnya mengikut jenis tanah. Pakej teknologi perlu spesifik kepada kawasan. Sg Burong, Sekinchan dan Sg Leman perlu pakej teknologi yang sama kerana tanah yang sama.
b. Masalah air – palong bocor dan sikap petani yang tamak. Air yang berlebihan (Parit 4) dan pada Musim 2/2008 Bagan Terap air tiada dan jadual penanaman dilewatkan seminggu.
c. Jadual kemasukan air perlu dibincang semula.
d. Patern hujan membrikan kesan kepada masalah air. Apabila air kurang pada musim menanam, masalah rumpai akan berlaku.
e. Sekinchan mempunyai kerataan tanah yang sempurna. Isu kerataan tanah di kawasan lain perlu diberi keutamaan.
f. Pembajaan – masa membaja unsur N pada 50 hingga 55 hari. Penerangan kepada petani perlu dibuat supaya mesej ini sampai.
g. Automasi dan mekanisasi – Sekinchan tidak mempunyai masalah combine harvester. Bagi kawasan lain, masa menuai tidak mengikut tempoh padi masak.

14. En Zulkefli
a. Masalah air – ada dua badan mengawal air; KPS IADA BLS dan JPS daerah. Penyelenggaraan perlu dibuat oleh KPS IADA BLS.
b. Bancian tanah – buat profil tanah untuk IADA BLS supaya pegawai kawasan mempunyai maklumat untuk diberikan kepada petani.
c. Tanaman komoditi di kawasan sawah – di bawah akta tanah, Pejabat Tanah ada kuasa untuk bertindak.
d. Sikap petani – bilangan petani Sekinchan yang sekitar 300 orang mampu meningkatkan hasil lebih berbanding kawasan lain.

1. KUALA SELANGOR UTARA
– D1, K1 dan P1
– Sistem pengairan baru
– Kerjasama dari ketua blok
– Hasil purata 5.8tan/ha
– (En. Kashim)

2. SABAK BERNAM SELATAN
– Tali Air 10 (P4 -12 lot, P10 – 52 lot, P16 – 38 lot)
– Kekurangan masalah air
– Masalah padi angin
– Purata hasil yang rendah 5.8tan/ha
– pH tanah rendah 4.2
– (En. Zainal)

3. SABAK BERNAM TENGAH
– (E5-52 lot , E6-52lot, E7-52 lot, E8- 52lot)
– 220 org petani
– 2 badan pengurusan berpusat
– Mempunyai masalah air dari crossban 2
– pH tanah rendah 4.5
– hasil purata 1/2008 (5.6 tan/ha)
– (En. Saleh)

CADANGAN TINDAKAN

1. Pakej teknologi (Seksyen promosi , Bahagian Padi Sg Burong)
a. Kawasan tanah gambut.
b. Kawasan tanah liat.
Makluman : Herni / Rizal

2. Analisa tanah kawasan yang terlibat dengan projek
a. Siasatan makro, mikro kandungan tanah.
b. Rawatan tanah.
c. Cadangan bahan (Zeolite).
d. Pengapuran (Hydrated Lime).
Makluman: Bahagian Tanah

3. Kaedah penanaman mengikut keperluan kawasan
a. Tabur terus
b. Transplanter
Makluman: HQ, Shah Alam

4. Pembajaan mengikut masa (50-55 hari)
Makluman: Petani

5. Kualiti anak benih yang digunakan dalam projek yang terlibat
Makluman: Bahagian Benih Padi, Sg Burong

DATA ASAS
1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras (Pengarah IADA)
2. Data hasil dari 1/2006
3. Data taburan hujan tahun 1970-1997, tahun 2003-2007
4. Keperluan perataan tanah sawah
5. Kursus (teambuilding)
6. Kursus teknikal pembajaan, padi angin, komponen hasil
7. Profil petani
8. Maklumat penggunaan tanah.
9. Blog (Pen. Peg. Pert Kawasan)

seminar-padi-web

Sesi Kerja Peningkatan Hasil Padi
IADA Barat Laut Selangor

Tarikh : 21 hingga 24 Oktober 2008
Tempat : Hotel Bella Vista Langkawi

Sesi kerja ini akan memberi fokus kepada isu semasa di dalam pengeluaran padi terutama sekali pengeluaran padi dalam Negeri Selangor. Pelbagai perkara akan dibincangkan bagi meningkatkan pengeluaran padi termasuk penemuan-penemuan baharu hasil kajian yang bermanfaat untuk meningkatkan pengeluaran padi, merancang dan menyelaras program-program ke arah peningkatan hasil padi dan membincangkan penyelesaian bagi masalah-masalah serta cabaran yang dihadapi oleh pesawah. Sesi ini akan mengumpulkan semua pegawai pengembangan tanaman padi untuk bertukar idea serta pandangan dengan pakar dan membentuk satu modul pengembangan yang lebih komprehensif sesuai dengan perkembangan teknologi pada hari ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers