PERUBAHAN IKLIM


Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 6 Okt (Bernama) — Pengeluaran padi global pada 2009 dijangka sekitar 668 juta tan metrik, 3.0 peratus kurang daripada tahun lepas manakala harga beras kemungkinan turun lagi, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

FAO di dalam “Rice Market Monitor” berkata penurunan itu menunjukkan keadaan iklim yang tidak baik di negara Asia yang terletak di utara hemisfera, yang hampir melakukan penuaian utama pada 2009.

Walau pun begitu, pengeluaran pada 2009 dijangka masih tinggi, yang kedua tertinggi selepas catatan pada 2008.

FAO berkata hujan tidak menentu di Asia telah menurunkan pengeluaran padi pada 2009, yang dijangka berjumlah 601 juta tan metrik, yang bakal menghasilkan 22 juta tan metrik atau turun 4.0 peratus daripada 2008.

Penurunan itu jelas kelihatan di India, Taiwan, Iraq, Jepun, Korea Selatan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka dan Thailand.

Bagaimana pun, angka itu diseimbangkan dengan peningkatan pengeluaran di Afghanistan, Bangladesh, Kemboja, China, Indonesia, Iran, Malaysia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Pengeluaran padi di Afrika dijangka sekitar 25.4 juta tan metrik, seperti yang dicatatkan pada 2008.

Perdagangsn beras global juga diunjurkan meningkat 2.0 peratus kepada 30.7 juta tan metrik, berikutan kenaikan import dari Filipina, 27 negara Kesatuan Eropah dan negara-negara di Timur Tengah manakala Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Turki dan negara di barat Afrika, dijangka mengurangkan import.

FAO menjangkakan perdagangan beras pada 2010 dicatatkan 30.3 juta tan metrik, kurang 1.0 peratus daripada unjuran 2009 dan turun 400,000 tan metrik berikuran pengurangan permintaan dari pengimport utama Brazil, Indonesia dan Filipina.

BERNAMA

El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation – ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. “El Nino” dalam bahasa Sepanyol bermakna “anak lelaki” manakala “La Nina” pula bermakna “anak perempuan”.

El Nino akan menyebabkan kepanasan yang melampau dan pengurangan hujan di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Negara ini dijangka akan mengalami musim kering yang sangat ketara bermula dari Jun hingga September dengan suhu sekitar 33C to 34C. Difahamkan suhu dijangka naik sehingga 3C lagi ketika El Nino.

Satelit ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) dilaporkan telah mengesan 125 titik panas di negara ini sejak 25 Mei hingga 7 Jun lalu. Lebih membimbangkan, satelit yang sama juga telah melaporkan terdapat 996 titik panas dikesan di Sumatera dan 108 dikesan di Kalimantan. Ketika ini beberapa bandar di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Klang, dan Seberang Perai telah dikesan berjerebu dengan Indek Pencemaran Udara (API) berada dalam lingkungan 87 hingga 96. Sebanyak 57 peratus stesen meteorologi melaporkan keadaan pencemaran udara yang sederhana dan dijangkakan keadaan akan bertambah buruk jika lebih banyak titik panas dikesan di negara ini dan Indonesia.

n_01hazeJerebu di Kuala Lumpur - 10 Jun 2009.
Indeks Pencemaran Udara (API) berada pada tahap 96.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers