PENYAKIT DAN PEROSAK


Penyakit Moko (Moko disease) yang menyerang pisang disebabkan oleh bakteria Ralstonia solanacearum (yang dahulunya dikenali sebagai Pseudomonas solanacearum). Ralstonia solanacearum ialah patogen perosak tanaman, gram negatif dan merupakan bakteria bawaan tanah (soil bacterium). Ia turut dikenali sebagai Granville wilt apabila bakteria ini menyerang tanaman tembakau. Bakteria ini bersifat aerobik, tidak berspora, berbentuk rod, dan motile (bergerak secara bebas). Bakteria ini akan membentuk koloni dan membiak di dalam xilem tumbuhan yang menjadi hos yang akan menyebabkan simptom layu bakteria (bacteria wilt).

micro-electron-181x244

Klasifikasi saintifik:
Kingdom: Bacteria
Phylum: Proteobacteria
Class: Beta Proteobacteria
Order: Burkholderiales
Family: Ralstoniaceae
Genus: Ralstonia

Mikrografi bakteria R. solanacearum

______________________________________________________________

Tanaman yang diserang oleh penyakit bakteria ini termasuklah kentang, (Solanum tuberosum) tomato, (Lycopersicon esculentum) aubergine (spesis terung) (Solanum melongena) terung, (Musa) pisang, (Zingiber officinale) halia (Nicotiana tabacum) tembakau, (Capsicum) lada dan (Olea europaea) zaitun.

colonies-170x269

Cara penyebaran

Penyakit bakteria ini boleh merebak melalui air, tanah dan benih yang dijangkiti bakteria ini. Penggunaan mesin, jentera dan alatan ladang yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit ini merebak. Ralstonia solanacearum boleh hidup di dalam tanah bagi jangkamasa yang lama sehingga beberapa tahun. Ini menyebabkan penyakit ini agak sukar untuk dikawal dan kawasan yang telah terkena jangkitan penyakit ini tidak boleh ditanam dengan pokok yang sama untuk tempoh beberapa tahun.

Koloni R. solanacearum di dalam piring petri _______________________________________________________________________ 

Simptom

  • Pembentukan bacteria ooze (jejalur seperti benang) apabila bahagian tanaman yang dijangkiti direndam di dalam air.
  • Tumbuhan layu walaupun daun masih hijau.
  • Tisu hijau daun kehilangan warna menjadi putih dan kuning.
  • Tisu nekrotik berwarna hitam pada bahagian dalam tumbuhan.
  • Tisu vaskular menjadi perang.
  • Daun melecuh, keguguran daun abnormal, layu, berwarna kuning dengan kesan terbakar.
  • Pertumbuhan pokok terbantut, melecuh dan mati rosot.
  • Akar pokok menjadi reput dan berwarna hitam.

Notation_scale-306x195

Simptom serangan R. solanacearum pada pokok pisang 

Maklumat lanjut:
Gambar lawatan pemantauan kesan serangan Moko disease di Teluk Gong, Klang oleh UPT Sungai Burong.

Kawasan Sawah Sempadan menghadapi masalah serangan penyakit padi bintik perang (Cercospora oryzae) dan penyakit karah reput tangkai (Pyricularia oryzae). Pengeluaran padi purata 5.5 mt/ha adalah lebih rendah daripada pengeluaran musim sebelumnya. Harga padi tertinggi pada musim ini adalah RM1100 /mt, dan harga yang ditawarkan untuk benih adalah RM1200/mt.

Sebanyak 600 lot sawah ditanam menggunakan mesin transplanter (300 pesawah + 200 pengeluar benih jabatan + 100 pengeluar benih swasta).

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tindakan akan diambil sebelum musim 2/2008 bermula pada 1 Julai, 2008.

  1. Kapor GML dalam kadar 3 mt/lot (1.2 ha) akan digunakan di blok A, A, C, D, W, U dan X Sawah Sempadan. Ini akan melibatkan lebihkurang 500 lot (600 ha.).
  2. Petani telah dikerahkan untuk memotong jerami dan membakar bagi menurunkan inokulum kulat perosak.
  3. Tanah sawah dibajak pertama dan dirotor serta urusan pengaporan. Kerja pengaporan dikontrakkan kepada badan pengurusan berpusat sebanyak RM120/lot. Pengehantaran kapor akan dibuat mulai minggu 3 Mei, 2008 oleh IADA BLS.
  4. Penyemburan racun kulat Fuji One akan dibuat secara bersepadu pada musim 2/2008.

Serangga yang dikenali sebagai bena perang ini adalah salah satu serangga perosak bagi tanaman padi. Link berikut memberikan maklumat mengenai serangga lelompat bena perang dan bena putih di laman web Pejabat Pertanian Manjung, Perak.

Brown Plant Hopper (Nilaparvata lugens)

Gambar Bena Perang

Adult Brown Plant Hopper

Kawasan Sungai Burong

Tempat :                          12 blok (Ban 3 ke atas)

Bilangan Lot Terlibat :      854 lot

Keluasan terlibat:             1024.8 hektar

Keluasan diserang:            205 hektar

Anggaran % serangan:       20%

Mula serangan:                  80 – 90 HLT (hari lepas tanam)

Punca:                              i.  Kekurangan bekalan air.

ii.  Faktor cuaca.

Tindakan jangka pendek:   1.  Semburan racun kimia.

2.   Membakar jerami bagi mengawal populasi serangga (??)

Tindakan jangka panjang:    1. Bekalan air ke palong perlu sehingga tanaman diperingkat 100 HLT.

2. Kawalan secara bersepadu (IPM) dipergiatkan.

Serangan Bena Perang di Sg Burong

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers