PENGAIRAN DAN SALIRAN


Masalah Kekurangan Air

Kawasan Barat Laut Selangor hanya mendapat bekalan air dari sungai; Sungai Tengi dan Sungai Bernam melalui Headwork Sungai Bernam dan Rumah Pam Bagan Terap. Bekalan air untuk tanaman padi hanya dapat menampung sebanyak 85 peratus dari keperluan.

Kawasan penanaman padi yang bermasalah ialah ISA III (Irrigation Service Area 3) iaitu kawasan Panchang Bedena dan Bagan Terap. Kedua-dua kawasan ini menghadapi masalah kekurangan air kerana lokasinya di penghujung jelapang (tail end water user). Masalah ini telah timbul sejak tahun 1990-an kerana kaedah penanaman padi secara tabur terus memerlukan keperluan air pada waktu puncak ketika peringkat pra tepu (presaturation period) selama 14 hari.

Keadaan menjadi lebih meruncing kerana Rumah Pam Bagan Terap yang mengepam air dari Sungai Bernam tidak dapat membekalkan air secara konsisten terutama sekali ketika musim kemarau. Keadaan Sungai Bernam yang berlumpur juga menyebabkan pam-pam yang digunakan perlu diselenggara akibat daripada lumpur yang tersumbat.

Cadangan Pembinaan Sebuah Kolam Takungan

Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca yang tidak menentu, musim kemarau dan fenomena El-Nino yang melanda menyebabkan masalah kepada pengairan di kawasan penanaman padi di Selangor. Ini seterusnya menyebabkan pembinaan sebuah kolam takungan perlu. Bagi menyimpan air, sebuah kolam takungan seluas 816 hektar dengan kedalaman 4 meter perlu dibina di KBLS. Namun demikian, oleh kerana peruntukan yang terhad, sebuah kolam yang lebih kecil dicadangkan untuk dibina di kawasan Panchang Bedena – Bagan Terap bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan pengairan ini.

Luas kolam yang dicadangkan: 73 ha x 4 m dalam dapat memberi sokongan pengairan tambahan kepada seluas 1,274 ha kawasan penanaman padi.

Kolam ini akan mempunyai infrastruktur yang lengkap dengan saluran masuk (inlet channel),  rumah pam (dengan 3 pam berkapasiti 2.3m/s), paip penghantaran (delivery pipe) berdiameter 1,500mm dengan 600 meter panjang dan 1.2 juta meter3 tambakan tanah ban (ring bund).

Ketika musim hujan, kolam ini akan dipenuhi dengan air dari terusan utama menggunakan aliran graviti. Pam akan digunakan bagi memenuhkan kolam ini kepada paras maksimum. Ketika musim kering, air dari kolam akan dialirkan ke dalam terusan utama menggunakan aliran graviti dan pam akan digunakan bagi mengosongkan kolam dan memenuhkan air ke dalam terusan utama.

Pembinaan kolam takungan ini akan dilaksanakan pada suku terakhir tahun 2009. Satu lagi projek yang akan dijalankan ialah menaiktaraf sistem saliran DD-Line di Sungai Haji Dorani bagi mengatasi masalah banjir dan akan dijalankan serentak. Apa yang diharapkan, pembinaan kolam takungan dan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di kawasan Panchang Bedena dan Bagan Terap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani di situ sejak sekian lama.

Cadangan Pembinaan Kolam Takungan Air di Kawasan Panchang Bedena – Bagan Terap

plan kolam takungan map

plan kolam takungan

Palong patah
Lokasi : Ban 1, Parit 10, Sekinchan
Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pengarah IADA Barat Laut Selangor dan Pengarah Pertanian Negeri Selangor. Tindakan segera akan diambil.

DSC01957-001

DSC01958-001

DSC01960-001

DSC01962-001

DSC01965-001

Satu pemerhatian telah dijalankan bagi mengkaji taburan hujan mengikut kawasan blok pengairan. Data kemudian disusun mengikut bulan dan musim padi (musim menanam dan musim menuai).

*Unit jumlah hujan dalam mm
Singkatan yang digunakan:
P – Planting (Menanam)
H – Harvesting (Menuai)

taburan-hujan-01

taburan-hujan-02

taburan-hujan-03

taburan-hujan-04

Dari data hujan ini, kita dapat meramal masalah yang akan timbul seperti kekurangan air, banjir, kemarau, masalah perosak, penyakit dan rumpai serta kaitan hujan dengan hasil padi.

Oleh
Mohd Nazri bin Abu Seman (PLKP Tanjong Karang) dan
Azmir Firdaus bin Zamzuri (IADA Barat Laut Selangor)

Satu pemerhatian berkenaan dengan polar taburan hujan di kawasan penanaman padi IADA Barat Laut Selangor telah dijalankan bagi mengkaji dan memerhati kesan taburan hujan ke atas tanaman padi. Data diambil bermula dari tahun 1980 hingga tahun 2007 dari 8 stesen hujan di sekitar kawasan Barat Laut Selangor.

Jadual 1 : Senarai Stesen Cerapan Hujan

stesyen-hujan

Rajah 1 : Taburan Hujan dari 1980 hingga 2007 Barat Laut Selangor

data-taburan-hujan-80-07

Dari pemerhatian yang dijalankan, taburan hujan di kawasan Barat Laut Selangor tidak berubah dalam tempoh 30 tahun. Namun begitu jumlah hujan tahunan didapati merosot dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Pemerhatian terperinci dibuat mengikut blok-blok pengairan serta jadual penanaman padi bagi mendapatkan maklumat hujan yang lengkap mengikut waktu menanam dan menuai. Disamping itu juga, pegawai serta petani dapat membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dari perubahan cuaca seperti kemarau dan banjir di kawasan tanaman padi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers