PADI SELANGOR


BACALAH DENGAN MATA, RENUNGKAN DALAM HATI 

Surat terbuka Faekah kepada Tun Mahathir

Penyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.

Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Di Raja Klang, Bandar kebanggaan Sultan-Sultan di Selangor. Pentadbiran Pakatan Rakyat menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) tanpa campur tangan politik.
faekah-husin

Sesungguhnya, Ketua Agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam. Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini merupakan keceluparan melampau hatta menghina Institusi Agama dan Raja di negeri ini.

Di Selangor, JAIS memperolehi peruntukan yang paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-2012. Kita juga telah menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.

Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir. Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran. Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja.

Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk berqiamulail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.

Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar ‘Mantan’ ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi. Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.
Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi.

Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.

Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Pada Dr Mahantir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz Mahathir. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?

Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008. Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan ‘menjaga kepentingan Melayu’ itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini !!
Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minima RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera.

Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan UMNO ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?

Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampong seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut. Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.

Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau adalah Bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya. Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.

Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam? Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan Rakyat telah pulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh Pakatan Rakyat akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran beliau.

Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting Negara selama 22 tahun pemerintahannya. Polis, Kehakiman, Perkhidmatan Awam menjadi kucar kacir dan hilang intergriti. Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku ‘de facto’ Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang telah memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.

Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 billion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini.

Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila Siasatan Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa. Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut.

Rasanya tiada perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah dilakukannya. Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan di negara ini. Kekadang terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya .. !!!

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Poskad untuk Ibu

Poskad untuk Ibu

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 9

Kut ada yang lupa bahawa padi kebal itu dijual sebagai satu pakej – [benih+racun] sejak mula lagi.

Dan kalau kata boleh tanam padi kebal tanpa racun, lagi teruk. Dia tak tahu apa yang diperkatakannya dan implikasi jika terus menanam padi kebal.

Toksah Dengar, Toksah Lihat, Toksah Tegur

Toksah Dengar, Toksah Lihat, Toksah Tegur?

.

.
Link kat Utusan Online.
.

Padi Kebal di Malaysia

Berkembangnya Padi Kebal di Malaysia

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 8

racun padi kebal bunuh itik

Racun padi kebal bunuh lebih 50 ekor itik peliharaan Saudara Zulkifli Sulaiman, Sawah Sempadan, Selangor

Hari ini Mak Tam turun ke Sawah Sempadan bersama Pak Tam. Cuma kelainan hari ini ialah rakan baru kami Major (rtd) Mokhtarudin Mohd dan anaknya turut bersama dengan kereta mereka sendiri. Mula pergi ke petak percubaan saudara Othman Mogek. Lepas itu berbincang di rumah saudara Man.

Kami memang nak pergi melihat prestasi pertumbuhan padi MR219 yang ditanam cara SRI. Pokok yang ditanda dengan kayu mengeluarkan 43 anak pada hari ini iaitu hari ke-29. Seronok juga tengok pokok padi tumbuh begitu cepat.

Tak lama kemudian saudara Zul menceritakan hal itik-itiknya menjadi lumpuh, melentuk dan terus mati. Kami pun bergegas ke reban itiknya yang disebelah rumahnya di kawasan sawah. Selain padi MR219 yang ditanam cara SRI di petak kecil depan rumah, dia membawa padi kebal ditanah selebihnya. Air dalam sawah bersamaan dengan yang dalam parit ditepi reban itiknya. Di situlah tempat itik-itiknya minum dan bermain air. Lihat apa katanya dalam video di bawah ini.


.

Sebagai petua orang tua-tua, Zul cuba bagi air kelapa kepada itik-itik yang sakit. Tapi tidak berkesan. Itik-itik itu terus juga mati. Begitulah betapa kuatnya kuasa racun padi kebal ini.

Rakan baik saudara Man, Roslan namanya menceritakan baru kelmarin dia turun ke sawah untuk buat kerja. Tetapi kakinya jadi kebas-kebas. Dia terus balik dan rendam kakinya dalam air garam. Wallahua’lam apa kesan masa panjangnya. Mak Tam tak yakin air garam boleh membantu kalau racun dah serap masuk badan kita.

Para pembaca cubalah renungkan perkara ini. Ini baru cerita dua orang hamba Allah yang bersawah di kawasan Sawah Sempadan. Bayangkanlah, di Sawah Sempadan ini ada beribu-ribu orang tinggal bersama keluarga mereka. Anak-anak kecil yang kadang-kadang lalukan tangan dan kaki ke dalam parit.  Tidakkah ini akan menjejaskan kesihatan anak-anak itu?

Hanya 40 lot sahaja bertanam padi selain padi kebal. Hampir 2,300 hektar kawasan padi bertanam padi kebal. Bayangkan konsentrasi atau pemusatan kehadiran racun imidazolinone ini dalam satu tempat. Mak Tam hanya mampu melihat dan memantau. Sama-sama kita hayati bersama.

Ada orang yang dah mula berdolak-dalik mengatakan racun ini sebenarnya dijual oleh syarikat lain. Bukan dibekalkan bersama benih. Sapa yang lancarkan program penggunaan pakej padi kebal ini pada bulan Julai, 2010 yang lalu? Fikirkan lah bersama. Lepas tu ada ura-ura untuk pakej ini diberi sebagai subsidi kerajaan pulak. Renungkanlah. Yang rugi petani, yang sakit petani, yang menangis adalah petani dan seisi keluarganya.

Sekarang ini tak payah lah kita nak berangan nak ada ikan dalam parit atau sawah. Tak payahlah petani susah-susah nak bela ayam atau itik untuk mencari pendapatan tambahan. Anak-anak yang suka turun main disawah dan dalam parit sawah itu baiklah dikurung dalam rumah setiap musim jika petani terus menanam padi kebal.

Mak Tam rasa teramat sedih kerana hanya mampu mengomel-ngomel sorang diri dalam blog ini, dan hanya dapat melihat sahaja kepada kemudaratan yang dibawa oleh padi kebal ini kepada para petani. Ya Rabb.. kau tunjukkanlah kebenaran kepada semua orang yang terlibat dalam usaha-usaha membawa kononnya ‘teknologi hebat’ kepada para petani ini. Jika ini berterusan, Mak Tam jangkakan hanya kerosakan dan penganiayaan kepada golongan manusia yang memberi makan kepada rakyat Malaysia. Ya Allah lindungilah anak-anak yang tinggal di kawasan persawahan, yang bersekolah di sini, yang bermain di sini, yang harapan untuk terus hidup dengan sihat juga di sini.

Gadis Kecil Mengail

Gadis Kecil Mengail

Cari Ikan Dalam Parit Sawah

Cari Ikan Dalam Parit Sawah

Ibu Mengail Ikan Dalam Parit

Ibu Mengail Ikan Dalam Parit

Menjala Ikan dalam Parit

Menjala Ikan dalam Parit

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 6

Padi Kebal Tak Kebal Dari Penyakit

Padi Kebal Tak Kebal Dari Penyakit

Dari nukilan dalam post ini, ternyata padi kebal tidak kebal daripada serangan penyakit karah. Penyakit reput tangkai ini adalah disebabkan oleh sejenis kulat yang nama saintifiknya adalah Pyricularia oryzae.

Penyakit ini boleh dibawa oleh biji benih dan bahan sisa tanaman yang tercemar, serta dibawa oleh angin. Negara kita yang sekejap hujan dan sekejap lagi panas ini pula menggalakkan penyebaran kulat ini.

Kulat ini boleh menjangkit dipokok padi pada semua peringkat, dan menampakkan tanda-tanda serangan pada daun dan tangkai padi. Oleh itu, serangannya menyebabkan pokok tidak boleh membuat makanan, dan juga tidak dapat membawa makanan kepada buah padi kerana reput tangkai. Buah padi akan jadi separa berisi atau terus hampa. Maka hasil padi jatuh merudum.

Yang menangis adalah petani – bukan pembekal racun, bukan eksekutif syarikat, bukan promoter, dan juga bukan pegawai kerajaan yang mengesyorkan penggunaan racun-racun itu. Malah ada yang bertegang urat dalam perbincangan rasmi kerana kalau tak disuruh petani beli, macam mana syarikat nak hidup. Jadi, nampaknya petanilah yang kena tanggung risiko sendiri. Suka dan susah petani tiada pilihan. Musim depan kalau nak tanam padi, mesti siapkan modal sekian banyak untuk membeli racun kimia untuk melawan perosak dan penyakit.

Yang Pening Adalah Petani

Yang Pening Adalah Petani

Petani menangis kerana hasil yang dituai tidak cukup untuk membayar hutang racun musim ini. Mana nak cari modal untuk musim depan pulak. Apa yang tinggal untuk membiaya kehidupan harian keluarga, duit untuk anak ke sekolah, duit untuk beli ubat jika ada yang jatuh sakit, hutang bank yang tak langsai lagi tu.

Di bawah ini Mak Tam nak syorkan beberapa perkara yang boleh petani-petani buat. Dalam kita menjalankan usaha ini, kita panjatkan doa dan harapan memohon pertolonganNya. Hanya kepadaNya kita memohon, kepadaNya jua kita pasrahkan nasib kita di dunia dan di akhirat.

Yakinlah. Dengan bimbingan dan pertolongan daripada Allah swt, beban hidup kita akan ringan. Dengan mengembalikan hak makhluk seni dalam tanah, menjaga sahabat-sahabat sawah yang diturunkan Allah untuk menjaga keseimbangan persekitaran sawah kita, (Surah Al-Jumaah Ayat 1 – Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.). Insyaallah kita akan dapat mengelak daripada serangan perosak dan penyakit, dan menerima hasil yang lebih.Tetapi kita juga perlu ingat, rezeki hanya Allah menentukan. Kita hanya berusaha secara fisikal, dan berdoa dan bermunajat memohon yang terbaik bagi usaha-usaha kita.

PERTAMAJANGAN BAKAR JERAMI

Jangan-jangan-jangan. Memang syor untuk membunuh semua jenis perosak dan jerami yang tercemar oleh kulat adalah membakar jerami. Sebenar, bersama kulat yang menyebabkan penyakit reput tangkai itu, segala macam makhluk Allah yang menjaga kesihatan pokok padi kita juga akan mati. Jadi padang jarak padang tekukur sawah kita, sunyi daripada gema tasbih makhluk seni dalam tanah. Adakah bencana yang kita hadapi adalah kerana tanah sawah kita sudah kehilangan keberkatan tasbih yang dulunya bergema menyelubungi sawah kita? Sama-sama kita renungkan. Mengapa semasa dahulu dimana tiada penggunaan racun yang berleluasa seperti sekarang ini tiada kes serangan seteruk ini?

Kemana perginya makhluk yang dulunya memenuhi sawah dengan segala kehebatan menjaga alam? Ada yang makan serangga perosak, ada yang makan telur serangga perosak, dan ada juga yang bertelur dalam ulat serangga perosak dan menetas. Dengan melaksanakan tugas-tugas mereka seperti yang difitrahkan oleh Tuhan Pencipta Sekelian Alam, sawah duduk dalam keadaan harmoni dan penuh sejahtera.

Sebenarnya sekarang ini semua makhluk yang ada di sawah telah dibunuh oleh racun kimia yang kita guna sepanjang musim. Makhluk yang kita panggil sahabat sawah ini lambat membiak. Serangga perosak pula sangat cepat membiak. Apabila kita meracun, sahabat sawah akan mati. Itulah sebabnya, jika kita meracun untuk bena perang, tempat yang kita racun itulah yang kering kontang. Baca kat sini.

KEDUA: SEMBUR IMO KE JERAMI

Sebaik lepas menuai padi, semburkan IMO dan pati kangkung kepada jerami. Terus bajak jerami tadi ke dalam tanah. Jangan tunggu sehari atau seminggu baru nak bajak. Keluarlah modal sikit untuk upah membajak ini. IMO dan pati kangkung ini boleh dibuat sendiri.

  • Cara membuat IMO – Klik di  sini dan di sini untuk cara membuatnya.  Bila dah siap, labelkan bekas, simpan ditempat redup.
  • Cara membuat pati kangkung – ambil 5 kilo kangkung liar, potong lebar 1 inci (3 cm), gaulkan 5 kg gula merah. Masukkan dalam baldi plastik, tekan bahan-bahan tadi, dan tutup dengan kain bersih. Lepas 5 hari, tapiskan pati kangkung. Simpan dalam botol plastik (labelkan bekas) dan simpan ditempat teduh dalam rumah/setor.
  • Cara menggunakannya:  100 ml IMO dan 100 ml pati kangkung bancuhkan dalam air dalam pam penyembur (20 ml). Pastikan bukan bekas pam penyembur racun rumput. Lepas sembur terus bajak. Insyaallah, nanti kita boleh tengok hasil kerja bertrillion mikrob. Padi musim depan akan sihat dan kuat. Yakinlah. Dalam IMO ini penuh dengan mikrob dari kalangan kulat dan bakteria. Mereka ini diturunkan oleh Allah untuk buat kerja menjaga kesejahteraan tanaman. Baca dan tengok video yang ada kat dalam ni sekali lagi. Tengok banyak kali pun tak apa asalkan dapat faham konsep makhluk seni ini yang sebenarnya menjaga alam. Kalau kita bunuh mereka, alam kita jadi mati.

Kemudian, baca apa yang para saintis laporkan. Tengok kat bawah sini. Buat carian kat Pakcik Google dan renungkan. Saintis membuktikan kulat dan bakteria perlu dikawal oleh kalangan mereka sendiri. Bukan dengan mengguna racun. Percayalah wahai rakan-rakan Mak Tam yang rajin datang membaca kat blog ini. Yakinlah kepada kebesaran Allah, Pencipta segala yang hidup dan yang mati.

Belum habis lagi langkah-langkah yang boleh dibuat. Baca yang ini dulu.  Buat carian mengenai Bacillus subtilis ni kerana ia salah satu dari banyak jenis mikrob yang ada dalam IMO. Tunggu catatan Mak Tam kat Jurnal Kembara Padi Kebal seterusnya.

Reput Tangkai Dikawal oleh Bacillus subtilis

Reput Tangkai Dikawal oleh Bacillus subtilis

Hawar Daun Dikawal oleh Bacillus subtilis

Hawar Daun Dikawal oleh Bacillus subtilis

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 4

Gendang Keresahan Mula Berbunyi

Petani Sawah Sempadan, Kuala Selangor mula merasakan keperitan harga dan meragui kualiti benih yang dibeli. Harga pakej padi kebal adalah RM120 bagi satu kampit benih 20 kg dan racun imida. Seorang petani selalunya perlu 7 kampit untuk satu keping sawah (3 ekar). Oleh itu kos nak memulakan menanam sahaja sudah RM840 (termasuk racun rumpai) berbanding dengan dalam RM200 beli benih MR219 atau MR253/MR263. Racun rumpai boleh diambil dari PPK di bawah skim subsidi racun.

Petani musim lepas ada yang amat berpuashati dengan prestasi padi kebal kerana mendapat hasil yang tinggi hingga mencapai 9 – 11 tan satu lot (3 ekar). Berita ini meluas tersebar hingga petani-petani rasa teruja. Lagi pun bukan susah. Tanam padi kebal, sembur racun imida, masalah padi angin selesai. Tunggu saja hasil yang bakal dituai. Tapi Mak Tam pernah tengok tanaman padi kebal yang teruk kena serangan penyakit. Ada yang melaporkan padi yang sudah nak dituai pun habis kena reput tangkai. Ada rakan fb yang menyatakan padi kebalnya teruk diserang bena perang. Kalaulah senario begini jadi pada kawasan Sawah Sempadan, bakal menjadi satu bencana yang ditakuti. Mak Tam berdoa agar ini tidak terjadi. Ya Rabb.. jauhilah sebarang keburukan.

Padi kebal pun sudah ditanam meluas. Apa-apa yang datang, petani sahaja yang tanggung.

Sila baca mengenai rungutan petani dalam Sinar Harian 13 Jan, 2013.

 Harga Pakej Padi Kebal

Harga Pakej Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 1

Kembara Padi Kebal

Kembara Padi Kebal Part 1

Mak Tam nak buat jurnal kemajuan padi kebal di Selangor dalam blog ini. Padi kebal adalah satu inovasi baru dalam bidang bioteknologi di negara ini di mana benih padi diolah secara saintifik supaya kebal terhadap racun rumput, yang Mak Tam akan panggil sebagai imida. Ini adalah ringkasan sempena racun rumput yang bahan aktifnya dipanggil imidazolinone.

Dalam sembang Mak Tam dengan rakan-rakan di sawah, Mak Tam diberitahu bahawa hampir seluruh kawasan padi Sawah Sempadan seluas 2300 hektar ditanam dengan padi kebal. Terakhir sekali Mak Tam diberitahu bahawa ada dalam 40 lot sahaja (48 hektar) yang tidak ditanam dengan padi kebal.

Mak Tam tanya mengapa semua orang pilih tanam padi kebal padahal harganya jauh lebih mahal daripada padi MR219. Kawan Mak Tam kata sebab MR219 kena penyakit teruk musim lepas. Ramai orang takut nak bawa MR219 atau apa-apa padi lain musim ini pasal itu, dan juga kalau jiran tanam padi kebal, hembusan angin yang membawa racun imida itu saja pun pasti merosakkan tanaman MR219.

Nanti bila Mak Tam ada masa, Mak Tam nak buat research pasal racun imida ni dan bagaimana prestasinya di negara-negara maju. Kita sama-sama belajar bagaimana racun ini boleh mengawal padi angin dengan berkesan sekali.

Kawasan Padi Selangor

Kawasan Padi Selangor

Padi SRI Selangor : Superweeds, Superpests and Superprofits

Superweed

Superweed

Baca berita ini mengenai Super-Rumpai, Super-Perosak dan Super-Untung

TERJEMAHAN DIBUAT OLEH GOOGLE TRANSLATE:

Penyelidikan baru daripada Navdanya dan dari Kesatuan Saintis Prihatin AS membuktikan bahawa hasil kapas Bt sebenarnya adalah satu pertiga daripada apa yang Monsanto dakwa. Kejuruteraan genetik tidak akan membantu memberi makanan kepada dunia, tulis Vandana Shiva, tetapi ia akan membahayakan kesihatan awam dan ekosistem.

Kami telah berulang kali diberitahu bahawa kejuruteraan genetik (GE) tanaman akan menyelamatkan dunia. Mereka akan menyelamatkan dunia dengan meningkatkan hasil dan menghasilkan lebih banyak makanan. Mereka akan menyelamatkan dunia dengan mengawal perosak dan rumpai. Mereka akan menyelamatkan dunia dengan memberi petani benih toleransi kemarau (dan lain-lain ciri-ciri benih) yang akan menyediakan daya tahan dalam masa perubahan iklim.

Walau bagaimanapun, Maharaja GE (Monsanto) tidak mempunyai pakaian (dari satu legenda lama ‘Emperor’s New Clothes’). Semua dakwaan ini telah terbukti palsu berpandukan pengalaman dari seluruh pelusuk dunia. Dan hakikatnya adalah kejuruteraan genetik tidak meningkatkan hasil tanaman tunggal.

Penyelidikan Navdanya di India telah menunjukkan dakwaan Monsanto bahawa hasil kapas Bt pada 1,500 kg seekar adalah tidak benar kerana pada realitinya hasil purata hanya 400-500 kg seekar. Dan di Amerika Syarikat, laporan oleh Kesatuan Saintis Prihatin dipanggil ‘Failure to Yield’ telah membuktikan bahawa kejuruteraan genetik telah tidak menyumbang kepada kenaikan hasil mana-mana jenis tanaman. Menurut laporan ini, peningkatan hasil tanaman di Amerika Syarikat adalah disebabkan semata-mata oleh ciri-ciri tanaman konvensional.

Dalam 20 tahun pengkomersilan tanaman GE, hanya dua ciri telah dibangunkan pada skala yang ketara: toleransi kepada herbisid dan rintangan kepada serangga.

Tanaman bertoleransi herbisid (kebal Roundup) sepatutnya adalah untuk mengawal rumpai, dan tanaman Bt bertujuan untuk mengawal perosak. Tetapi bukannya mengawal rumpai dan perosak, tanaman GE telah membawa kepada bencana kewujudan rumpai super (superweeds) dan perosak super (superpests) dan, di Amerika Syarikat, tanaman Kebal Roundup telah menghasilkan rumpai yang tahan kepada Roundup.

Kira-kira 15 juta ekar kini diambil alih oleh rumpai super, dan dalam usaha untuk membunuh mereka di ladang, petani telah dibayar AS $ 12 seekar oleh Monsanto untuk menyembur lebih merbahaya iaitu racun herba seperti Agen Oren, yang telah digunakan semasa Perang Vietnam.

Di India, kapas Bt dijual bawah jenama dagangan Bollgard yang sepatutnya adalah untuk mengawal bollworm. Hari ini, bollworm telah menjadi tahan Bt kapas, jadi sekarang Monsanto menjual Bollgard II, yang mengandungi dua gen toksik tambahan. Apa yang telah berlaku adalah sejenis perosak baru telah muncul dan petani menggunakan lebih banyak lagi racun makhluk perosak.

Monsanto telah mendakwa bahawa melalui kejuruteraan genetik, ia boleh membiak tanaman untuk toleransi kemarau dan lain-lain ciri-ciri berdaya tahan iklim. Ini adalah janji palsu. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan dalam penilaian draf alam sekitar yang baru iaitu jagung GE toleransi kemarau, “sama setanding jenis yang dihasilkan melalui teknik pembiakan konvensional sedia ada dalam ulasan pengeluaran jagung pengairan”. (Mak Tam: Saya pernah dengar dakwaan yang sama dalam negara kita mengenai satu jenis tanaman makanan utama. Sekarang penanamannya meluas kerana ada ramai dari kalangan petani yang menanamnya mendapat hasil yang tinggi. Walau pun petani disyorkan menanam tanaman jenis ini hanya 2 kali, tetapi oleh kerana ‘kehebatannya’, petani terus menanam 3 – 4 kali. Malah ada kalangan mereka yang berhasrat untuk terus menanamnya.)

Helen Wallace, GeneWatch UK mengingatkan: “Industri GM (pengubahsuaian genetik) kini perlu menghentikan percubaan untuk memanipulasi orang ramai untuk mempercayai bahawa tanaman GMlah yang diperlukan untuk memberi makanan kepada dunia.”

Walaupun Maharaja GE tidak mempunyai pakaian – tanaman GE pastinya tidak boleh menyediakan makanan untuk dunia – ia mempunyai potensi untuk kedua-dua kemudaratan dan memperhambakan dunia. Terdapat cukup kajian bebas untuk menunjukkan bahawa makanan GE boleh menyebabkan kerosakan kesihatan. Sebagai contoh, penyelidikan biokimia Arpad Pusztai telah menunjukkan bahawa tikus yang diberi makan dengan kentang GE membangunkan pankreas membesar, mengalami ceduk otak dan telah rosak imuniti, dan penyelidikan Gilles-Eric Seralini telah menunjukkan bahawa kerosakan organ lain juga boleh berlaku.

Bertindak atas perintah Majlis Eropah, Jawatankuasa Penyelidikan Bebas dan Maklumat Kejuruteraan Genetik (CRIIGEN) dan universiti di Caen dan Rouen telah mampu untuk mendapatkan memegang data untuk 2002 Monsanto ujian makan terhadap tikus, yang mereka umumkan dalam tahun 2005. Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang diberi makan dengan tiga jenis GE jagung yang diluluskan iaitu NK603 (diubahsuai untuk menjadi toleran kepada Roundup) dan MON810 dan MON863 (kedua-dua kejuruteraan untuk mensintesiskan toksin yang digunakan sebagai racun serangga) – semua organ tikus mengalami kerosakan.

Menurut Seralini, seorang biologist molekul di Universiti Caen, data “jelas menggariskan kesan buruk pada buah pinggang dan hati dan pemakanan, organ detoksifikasi, serta tahap yang berbeza kerosakan ke jantung, kelenjar adrenal, limpa dan sistem haematopoietic” .

Industri bioteknologi telah diserang Pusztai, Seralini dan setiap saintis lain yang telah melakukan penyelidikan bebas terhadap organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO). Ia akan muncul bahawa GM tidak boleh wujud bersama-sama dengan kemerdekaan dan kebebasan sains.

Selain kesannya terhadap kesihatan, GM mempunyai kesan ekologi yang teruk, yang paling ketara ialah pencemaran genetik. (Petani Kanada iaitu Percy Schmeiser hilang benih kanola sebagai akibat pencemaran dari tanaman GE negara jiran.)

Di samping menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem dan kesihatan awam, benih dan tanaman GE menyediakan laluan bagi syarikat kepada benih ‘sendiri’ melalui paten dan hak harta intelek (IPR). Paten memberikan royalti bagi pemegang paten dan monopoli korporat. Ini diterjemahkan ke dalam Untung super (Superprofits) untuk Monsanto. Bagi petani ini bermakna hutang. Lebih daripada 250,000 petani India telah membunuh diri dalam tempoh masa sedekad setengah ini. Kebanyakan kes bunuh diri telah di kawasan penanaman tanaman kapas, di mana Monsanto telah menubuhkan monopoli benih melalui kapas Bt.

Gabungan paten, pencemaran genetik dan penyebaran monocultures bermakna masyarakat kehilangan kebebasan benih dan kebebasan makanan. Peladang kehilangan kebebasan mempunyai benih dan memperkembangkan makanan organik, dan bebas daripada ancaman pencemaran oleh tanaman GE. Rakyat kehilangan kebebasan mereka untuk mengetahui apa yang mereka makan, dan tidak mempunyai pilihan untuk makan makanan bebas GE.

Ini adalah sebab mengapa tanaman GE adalah satu isu untuk demokrasi. Demokrasi Makanan adalah hak dan tanggungjawab semua orang. Setiap daripada kita mesti mempertahankan kebebasan makanan kita dan menggesa kerajaan kita untuk melindungi hak rakyat mereka dan berhenti menyokong pengambilalihan korporat benih dan makanan kita. Setiap daripada kita adalah penting untuk mewujudkan demokrasi makanan.

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers