MESIN DAN JENTERA


Padi SRI Selangor : Padi SRI Musim Ke-3 Persediaan  20 Julai, 2011

Padi SRI Selangor : Perbincangan Mekanisasi SRI 20 Julai, 2011

Padi SRI Selangor : Perbincangan Mekanisasi SRI 20 Julai, 2011

Rabu, tanggal 20 Julai, 2011 merupakan hari yang sangat produktif. Sebelah paginya ialah perbincangan dengan pasukan kejenteraan. Saya juga telah mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan terhadap kerjasama dan sokongan pihak Jabatan Pertanian Negeri dalam petak-petak pemerhatian SRI. Selepas saya menerangkan tentang falsafah SRI bagi negeri Selangor, Pak Tam ambil alih untuk perbincangan keperluan bagi penanaman padi di dua kawasan demonstrasi SRI, iaitu di Parit 9, Sg Leman dan Parit 4, Sg Burong.

Perbincangan berkisar disekitar khidmat yang diperlukan untuk menyediakan kedua tanah khusus untuk pemerhatian SRI supaya menepati syarat keperluan SRI. Perkara-perkara yang dipersetujui adalah:

1. Tanah sawah perlu sangat rata.

2. Parit keliling perlu ada 30 cm lebar dan 30 cm dalam.

3. Jarak tanam adalah 25 cm x 25 cm, dan gelung yang mempunyai 6 baris serta besi lintang yang lengkap akan disediakan sebanyak 1 unit. MBI akan membiayai kos gelung ini.

4. Tarikh menanam dicaadangkan 25 Ogos, 2011.

5. Baja organik tahi lembu akan ditebar di kedua tanah sawah.

6. Kumpulan PPL, Parit 9, Sg Leman akan menyediakan semai berumur 10 hari.

Sebuah Bengkel Mekanisasi SRI dicadang untuk dibuat pada bulan Oktober, 2011 di PLKP, Tg Karang. Cadangan ini akan dibawa kepada Pengarah Pertanian Negeri Selangor untuk persetujuan. Beberapa aktiviti dicadang untuk dilaksanakan sempena bengkel tersebut:

1. Demonstrasi mesin menanam yang diubahsuai membolehkan penanaman 1 atau 2 anak semai yang berumur bawah daripada 12 hari.

2. Demonstrasi drum-seeder untuk penanaman cara SRI.

3. Demonstrasi tabur terus (ditabur jarang-jarang dengan kadar 25-30 kg/hek) dan selepas 10 hari di’landak’ dua baris melintang untuk dijadikan tapak penanaman secara SRI.

4. Demonstrasi penggunaan ‘Laser Leveler’

5. Demonstrasi mesin ‘melandak’ 7-row seperti yang digunakan oleh pesawah organik di Jepun.

6. Penerangan mengenai cara menguruskan pengwujudan ‘hard-pan’ bagi sawah.

Kursus penyediaan baja dan penghindar perosak/penyakit Natural Farming akan dibuat pada hari Isnin, 25 Julai, 2011.

——————————————————————————————————-

Disebelah tengah hari kami ke Parit 4 dan Parit 9, dan terserempak dengan lawatan para Pengusaha Homestay Kuala Langat ke PPL, Parit 9, Sg Leman dimana Wahidah memberi penerangan mengenai baja dan penghindar perosak/penyakit natural farming.

Padi SRI Selangor: PPL SRI Menerima Lawatan

Padi SRI Selangor: PPL SRI Menerima Lawatan

——————————————————————————————————–

Sebelah petang kami melawat sambil berbincang dengan Encik Toif di blok W, Sawah Sempadan, dan Encik Amirudin (Komeng) di blok G, Sawah Sempadan. Mereka berdua adalah perintis SRI di Sawah Sempadan. Keduanya sama teguh dan sama kuat pendirian. Keduanya mempunyai karekter yang banyak persamaan. Keduanya pada saya adalah ‘Hang Jebat’ pertanian. Nanti, kalau ada luang masa, akan saya huraikan mengapa saya kata mereka ini ‘Hang Jebat’. :D

Padi SRI Selangor :  Encik Toif Blok W, Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Encik Toif Blok W, Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Encik Amirudin (Komeng), Blok G, Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Encik Amirudin (Komeng), Blok G, Sawah Sempadan

Syarikat ACM Sdn Bhd telah mengadakan sesi penerangan dan demonstrasi mesin penyembur pelbagai guna BSA 531 kepada pegawai-pegawai yang terlibat di kawasan tanaman padi IADA Barat Laut Selangor. Sesi latihan ini dianjurkan oleh Komponen Pertanian IADA Barat Laut Selangor pada 5 dan 6 Mac 2009 bertempat di PLKP Tanjong Karang.

img_1134Uji pandu jentera BSA 531 oleh pegawai ACM.
img_1137Pengenalan kepada komponen jentera BSA 531 kepada pegawai.

img_1140

Pengiraan bagi membuat kalibrasi jentera - penggunaan bahan api,
masa dan jumlah racun serta baja yang digunakan.
img_1136Jentera BSA 531 yang sedia digunakan untuk pengawalan perosak
serta aplikasi pembajaan di sawah padi.

Satu demonstrasi penggunaan Row Seeder telah dijalankan di Sungai Burong pada 11 Ogos 2008. Pihak syarikat Oryza Mechanique Sdn Bhd dengan kerjasama MARDI yang telah membangunkan peralatan yang dinamakan “inro C.DER” mengadakan satu demonstrasi kepada pegawai-pegawai di kawasan Barat Laut Selangor.

img_0829

img_0833

img_0856

img_0864

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers