AKTIVITI DAN PROGRAM


IMAGE_117

Tahniah kepada warga kerja IADA Barat Laut Selangor yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2009.

Majlis Perasmian Sambutan Hari Bertemu Pelanggan Sempena Bulan Tanaman Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian, Sungai Burong, Tanjong Karang pada 16 April 2009 (Khamis). Majlis ini disempurnakan dengan perasmian oleh Y.B Dato’ Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Secara tidak langsung, ini merupakan program pertama Y.B Dato’ Noh bin Haji Omar sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang di kawasan yang diwakili oleh beliau.

img_1569Ucapan aluan oleh Dato' Mohd Mokhtar bin Ismail
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

img_1576

Ucapan perasmian oleh Y.B Dato' Noh bin Haji Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

img_1578

Paluan gong sebagai simbolik perasmian
oleh Y.B Dato' Noh bin Haji Omar.

img_1580

Penyerahan insentif pengeluaran makanan di bawah program
Dasar Jaminan Bekalan Makanan kepada petani.

img_1587

Sidang media bersama Dato' Noh bin Haji Omar. Turut serta (dari 
kiri) Dato' Mohd Mokhtar bin Ismail (Ketua Setiausaha Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani), Dato' Shamsudin bin Lias
(ADUN Sungai Burong) dan Datuk Roseley bin Dato' Haji Khalid
(Ketua Pengarah Pertanian).

img_1591

Lawatan ke gerai pameran.

img_1595

Datuk Roseley menerangkan sesuatu kepada Y.B Dato' Noh sambil
diperhatikan oleh Dato' Mokhtar.
img_1592Barisan warga Jabatan Pertanian yang telah bertungkus lumus membuat
persediaan majlis ini.

Secara keseluruhannya, majlis ini  berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah. Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan begitu sempurna sekali.

backdrop-hari-bertemu-pelanggan

ARKIB : 10/04/2009 ( UTUSAN MALAYSIA – AGROBIZ)
Bulan Tanaman dekatkan rakyat dengan pertanian
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sesiapa saja yang berminat dengan pertanian boleh mendapatkan maklumat semasa bulan tanaman.


Selepas bulan Februari diumumkan sebagai Bulan Perikanan, Mac sebagai Bulan Ternakan dan kini bulan April pula dikenali sebagai Bulan Tanaman.

Inisiatif bulan mengikut sektor pertanian diadakan hasil cetusan idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Fokus bulan yang dilakukan merupakan pendekatan Hari Bertemu Pelanggan yang dilaksanakan dengan lebih fokus dan tersusun mengikut sub sektor pertanian seperti tanaman, perikanan dan ternakan.

Pengarah Pengembangan, Perundingan Pelaburan dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Datuk Safie Baharom berkata, bulan yang dilaksanakan mengikut sub sektor adalah untuk memberikan tumpuan kepada golongan sasar.

Ini termasuk petani, penternak dan nelayan serta mereka yang berminat dalam sektor pertanian untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan, sesi aduan pelanggan dan dialog.

Selain itu pengunjung juga berpeluang melawat tapak pameran serta membeli produk pertanian segar.

”Konsep Bulan Tanaman juga menyaksikan pegawai lebih kerap turun padang seperti dinyatakan oleh Menteri Pertanian (dan Industri Asas Tani).

Semasa program Bulan Tanaman, Jabatan Pertanian bertindak sebagai ketua agensi di bawah kerjasama MoA Inc.

Ia melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Agensi-agensi lain ialah seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agro Bank.

“Semua agensi akan bersama-sama membantu golongan petani dan mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang tanaman dengan memberikan khidmat nasihat teknikal, pengetahuan dan keperluan mereka,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.

Safie berkata, matlamat sebenar Bulan Tanaman adalah mewujudkan hubungan erat antara pegawai Jabatan Pertanian dan agensi MoA Inc dengan golongan sasar.

Ini membolehkan mereka mengetahui maklumat, program dan aktiviti yang ditawarkan dalam membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani.

“Selain itu pegawai-pegawai juga dapat mengetahui keperluan golongan sasar melalui aduan dan dialog supaya sistem penyampaian dapat ditingkatkan dan memberi impak lebih cepat dan berkesan bagi menangani isu berkaitan tanaman,” katanya.

Dengan adanya Bulan Tanaman, ia dapat memberi peluang kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti pertanian untuk mengetahui potensi sebenar tanaman untuk diusahakan secara komersial seperti Amalan Pertanian Baik (APB), fertigasi dan tanaman semula jadi.

Jabatan Pertanian juga ingin menyampaikan dan memberikan maklumat berkenaan pembangunan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Pembangunan Tanah Terbiar, Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA) dan Agro pelancongan.

Bulan Tanaman yang bermula pada 3 April akan berakhir 8 Mei akan datang dengan pelbagai aktiviti dari peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat.

Aktiviti utama iaitu Hari Bertemu Pelanggan merangkumi aduan dan dialog pelanggan, program insentif tanaman, penerangan pelaksanaan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) selain pameran dan jualan produk tanaman dan industri asas tani.

Safie berkata, Bulan Tanaman peringkat kebangsaan akan dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 12 April di Sungai Dua Tasik Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung sekitar Lembah Kelang, ibu pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya juga mengadakan pelbagai program seperti Seminar Pelaburan, dialog , talk show, khidmat pakar runding dan pameran.

Menyentuh mengenai impak Bulan Tanaman dalam membangunkan sektor pertanian, Safie berkata, ia memberikan satu pendekatan yang fokus kepada aktiviti tanaman bagi menghubungkan pegawai agensi dengan golongan sasar.

“Ini bagi memastikan golongan sasar dapat meningkatkan pengeluaran bekalan negara serta pendapatan petani.

“Dengan penyampaian maklumat berkaitan tanaman serta maklum balas pelanggan diharap dapat mengerakkan sektor pertanian ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Safie berharap, Bulan Tanaman yang dilaksanakan dapat memberikan kesan lebih fokus dalam membangunkan sektor tanaman di mana pegawai dan golongan sasar berganding bahu menjayakan pembangunan sektor pertanian.

Majlis Perjumpaan Khas Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Roseley Dato’ Hj Khalid telah diadakan pada 12 Februari 2009 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pertanian Negeri Selangor bersama pegawai-pegawai pertanian yang bertugas di Negeri Selangor.

Warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yg. Bhg. Datuk KP di atas pengurniaan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang Di Pertuan Agong yang membawa gelaran Datuk pada 2 Februari 2009 sempena Hari Wilayah Persekutuan 2009.

kp

kp3

Kredit gambar
Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers