Padi SRI Selangor : Ikan Pulang Ke Sawah Dengan SRI

UPDATE: Gambar pada hari menggagau ikan ada di sini.

Ikan Haruan Sawah

Aiman Menjulang Ikan Haruan Sawah

Isnin, 20 Feb, 2012 merupakan tarikh yang bertuah bagi Mak Tam. Buat pertama kali dalam seumur hidup menyaksikan cara mengambil haruan dari sawah. Mak Tam tidak lahir dalam kampung yang ada sawah, kenal sawah pun semasa bersekolah rendah, iaitu semasa bercuti di Kampung Ngok, Kuala Kangsar. Tapi tidak berpeluang melihat Tok menangkap ikan pada masa itu.

Semasa Mak Tam sedang dalam perjalanan ke Tg Karang, Mak Tam menerima panggilan telefon dari saudara Mohd Nor Saarani dari Parit 5 Timur, Sg Besar. “Mak Tam. Saya nak turunkan air di parit sawah. Mak Tam nak datang tak?”

“Mak Tam nak singgah Tg Karang dulu. Petang nanti jam 3.30 ptg akan di Sg Besar,” jawab Mak Tam.

“OK. Saya tunggu Mak Tam tiba,” jawab Mohd Nor ringkas.

Petangnya, selepas selesai kerja sebelah pagi, kami terus bergegas ke Parit 5 Timur, Sg Besar. Sesampai kami, Mohd Nor, isterinya Yati dan kedua anak mereka, Denise dan Aiman telah menunggu.

Mak Tam seronok betul melihat ikan haruan ditangkap lepas satu satu. Semoga pada musim-musim akan datang lebih banyak ikan pulang ke sawah mereka yang menggunakan produk SRI. InsyaAllah.


.
Kat bawah ni video Pak Tam menarik Aiman dari terlekat dalam parit.

About these ads