Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 6

Padi SRI 2: Persediaan Penanaman Padi SRI bagi Musim Kedua (Feb-Jun 2011) Pt 6

bersambung: Penyediaan Tanah Sawah Selepas Menuai

5. Meratakan Tanah Dalam Air (Guna Bajak Niplo)

Bajak Niplo - Merata Tanah Dalam Air

Bajak Niplo - Merata Tanah Dalam Air

Meratakan dalam keadaan kering menggunakan ‘back bucket’ membuat kerja merata yang separa siap. Satu lagi peringkat adalah menggunakan bajak niplo. Untuk tujuan ini, air perlu dimasukkan kedalam sawah bagi mengetahui kawasan tanah yang tinggi dan yang rendah dalam sesuatu petak sawah itu. Sila lihat gambar disebelah yang mana tanahnya masih memerlukan perataan.

Kelebihan bajak niplo ini adalah kecepatannya membuat kerja-kerja meratakan tanah. Dengan menggemburkan tanah, ia secara terus mewujudkan ruang oksigen yang banyak pada permukaan tanah sawah. Ini bagus untuk mikro organisma dalam tanah. Bajak niplo memerlukan lebihkurang sejam untuk menyiapkan tanah 1 hektar mengikut kecekapan operator. Bajak niplo memerlukan 2 – 5 sentimeter air membasahi tanah sawah.

Dipenghabisan video dibawah, terdapat gambar burung-burung bangau yang selalu menemani jentera besar yang bekerja di sawah. Burung-burung ini mencari makanan seperti serangga yang terbang semasa jentera berkerja, dan juga cacing yang terdedah bila tanah di bajak. (Burung-burung bangau ini penyejuk hati, bagi diri saya!) 🙂

Leave a comment